Bab 38

18.6K 1.2K 130
                                    

Tangan Nadra naik mengurut dahi. Kepalanya rasa berpusing dari tadi selepas dia memuntahkan isi perut. Tak tahulah sejak keluar dari hospital tubuhnya rasa lemah saja. Nak kata mengandung pun bukan sebab dia masih lagi dalam pantang.

Perlahan-lahan Nadra bangun dari pembaringan. Dia mahu pergi ke dapur memandangkan tekaknya yang terasa dahaga. Mungkin lepas minum air nanti peningnya hilang.

Malik dan mamanya tiada rumah kerana mereka pergi membeli barang dapur. Ikutkan mama Nadra tak nak ikut tetapi disebabkan banyak barang basah yang nak dibeli jadi terpaksalah mamanya pergi juga. Bukannya Malik tak tahu nak membeli tetapi mengada nak bawa mama pergi juga.

"Peningnya."gumam Nadra sambil tangan berpaut pada dinding. Mata Nadra memandang pintu bilik yang telah menjadi dua itu. Terkelip-kelip mata Nadra memandang pintu sebelum tubuhnya jatuh tidak sedarkan diri.

Beberapa tahun yang lalu...

Nadra menghela nafasnya perlahan sambil mendukung seorang kanak-kanak yang berusia setahun enam bulan. Penat dia mengejar langkah budak yang baru dapat kaki ni.

"Penatlah mommy nak kejar awak ni, sayang. Terkedek-kedek awak lari tinggal mommy dekat belakang."gumam Nadra kepada anaknya yang berada dalam dukungannya.

"Tengok tu. Mommy tengah marah tau. Awak boleh lagi senyum-senyum. Geram mommy."wajah sengaja diseriuskan sebelum dia menggomol wajah tembam anak lelakinya itu.

"Dedel nak main lagi ke?"tanya Nadra kepada anaknya dedel atau nama sebenarnya Nadrel. Hensem macam daddy dia.

Nadra ketawa kecil apabila melihat anggukkan dari anak lelakinya. Hyper sungguh sampai dia sendiri pun naik semput. Perlahan-lahan Nadra menurunkan Nadrel dari dukungan.

Laju saja kaki kecil itu berlari ke sana dan ke sini.

"Nadrel!"panggil Nadra apabila melihat langkah Nadrel yang menuju ke arah satu jalan yang Nadra sendiri pun tak tahu apa tempat dia. Laju kakinya bergerak mengejar langkah anaknya.

"Nadrel!"panggil Nadra lagi apabila tubuh anaknya sudah tidak kelihatan. Hatinya berdegup laju sehingga menggeletar tangannya.

"Ya Allah, mana anak aku?"gumam Nadra perlahan. Kakinya berjalan mencari Nadrel sehingga matanya ternampak satu rumah kayu yang separuhnya sudah dijilat api. Laju Nadra berlari masuk ke dalam rumah itu. Dia risau Nadrel ada di situ.

"To-tolong."

Nadra memusingkan tubuhnya apabila mendengar suara seseorang. Matanya menangkap susuk tubuh seorang wanita tua yang sedang terbaring di atas lantai. Tubuh wanita tua itu telah diikat dengan satu tali besar.

"Awak!"Nadra mendekati wanita tua itu dengan perasaan takut. Tangannya cuba untuk meleraikan tali yang berada ditubuh wanita tua itu.

"Per-pergi."bisik wanita tua itu di tepi telinga Nadra.

"Ha? Awak gila ke? Kalau polis tahu saya nampak awak tapi saya tak tolong awak nanti mereka ingat saya pula yang bunuh awak. Saya tak nak masuk penjara."kata Nadra sambil menggelengkan kepalanya. Banyak betul pahala makcik depan dia ni.

"Anak kamu ada dengan dia."kata wanita tua itu tegas.

"Siapa?"

"Haris."bisik wanita tua itu sambil memandang seseorang yang berada di belakang Nadra sambil mendukung seorang kanak-kanak yang telah pengsan. Pengsan atau mati?

"Kalau kau nak anak kau selamat, tinggalkan perempuan tua tu."kata seseorang yang berada di belakang Nadra. Lelaki itu menarik lengan Nadra sehingga menjauhi wanita tua itu.

Malik's Babygirl ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin