Bab 33

20.3K 1.2K 253
                                    

Akhyar memandang langkah seorang wanita mengandung yang mendekati ward private milik Malik. Laju kaki Akhyar bergerak mendekati wanita itu.

"Puan."panggil Akhyar memandangkan dia tak ingat nama wanita tersebut.

"Ya?"Dayah memandang lelaki dihadapannya ini dengan wajah yang berkerut. Tak akanlah lelaki ni nak memgorat dia?

"Puan ni bekas isteri Malik kan?"tanya Akhyar straight foward. Dia malas nak bermain tarik tali.

"Haah. Awak siapa?"tanya Dayah perlahan. Riak wajah dikawal agar tidak menampakkan dia dalam ketakutan.

"Boleh kita duduk dekat situ sekejap?"tanya Akhyar sambil menunjukkan kerusi yang berdekatan tanpa menjawab pertanyaan dari Dayah.

"Tapi saya nak kena jumpa Malik."kata Dayah dengan tangan bergerak mahu membuka pintu ward.

"Malik tengah tidur. Kalau awak jumpa dia ataupun tak sama saja sebab bukannya berborak pun."balas Akhyar selamba sambil menahan tangan Dayah. Balik ni kena sertu. Ehh!

Kaki Akhyar berjalan ke arah kerusi dan mengarahkan Dayah duduk menggunakan isyarat tangan saja. Malas nak bazir air liur.

"Awak nak tanya apa? Saya nak kena balik cepa ni."kata Dayah tak senang duduk.

"Saya cuma nak tanya macam mana awak boleh tahu Malik di sini?"tanya Akhyar sambil memeluk tubuh. Tajam matanya memandang ke arah bekas isteri Malik.

Terbutang biji mata Dayah mendengar soalan dari Akhyar. Bibir digigit perlahan sambil memikirkan alasan yang logik.

"Malik yang mesej saya sebelum dia accident."jawab Dayah berhati-hati. Silap jawab memang dia tempah kubur awal.

"Dan awak terus datang ke sini?"terjongket sebelah kening Akhyar. Dia ingat Akhyar ni budak-budak yang senang untuk ditipu.

Dayah mati kata. Dayah menundukkan pandangannya dari memandang wajah Akhyar.

"Dan macam mana awak tahu Malik accident?"soal Akhyar lagi selepas Dayah tidak membalas soalannya.

"Sebelum Malik ditolak ke wad kecemasan, saya ada terserempak dengan tubuh dia yang kaku di atas katil sambil ditolak oleh beberapa orang kakitangan hospital."jawab Dayah perlahan.

Akhyar menganggukkan kepalanya perlahan. Masuk akal juga.

"Awak buat apa datang hospital?"soal Akhyar lagi. Balik Langkawi ni dia boleh tukar dari kerja lawyer ke detektif.

"Check up baby lah. Tak akan datang mengorat doktor pula."balas Dayah selamba. Matanya memandang ke arah Akhyar yang masih memeluk tubuh.

Akhyar mengetap bibirnya menahan malu. Lupa pula bekas bini Malik ni pun mengandung.

"Kalau tak ada soalan dah saya nak balik dulu. Nanti kalau Malik dah sedar bagitahu dia yang saya kirim salam."kata Dayah kelam kabut. Laju dia berjalan meninggalkan Akhyar yang terkebil-kebil itu.



KUAT Nadra menampar bahu Malik yang masih lagi tidur itu. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

'Sabar, Nadra. Sabar. Nanti tak bau syurga.'

"Bangunlah Malik. Saya penat tau nak gerak awak bangun banyak kali."kata Nadra dengan suara serak-serak basah seperti mahu menangis.

Malik membuka sebelah matanya sebelum kembali menutup. Bibir yang mahu tersenyum itu ditahan agar tidak melebar. Seronoklah mengusik Nadra yang cepat berubah mood itu.

Nadra mengeluh perlahan. Bukannya dia tak nampak yang mata Malik sekejap terbuka dan sekejap tertutup itu. Bibir diketap menahan geram.

Nadra melipat lengan bajunya dengan senyuman sinis. Tak nak bangun sangatkan. Meh mommy boo buat something!

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now