Bab 11

27.4K 1.5K 123
                                    

Nadra menyembur perfume dior pada tubuhnya. Tak sabarnya nak jumpa duda hot!

"Kau seriuslah nak pergi?"tanya Melissa dengan nada yang agak sedikit risau. Firasatnya rasa akan ada sesuatu yang berlaku kepada Nadra.

"Seriuslah. Bukan selalu si duda tu nak keluar dengan aku. Kau jangan risaulah Mel. InshaAllah tak jadi apa-apa."kata Nadra dengan yakin walaupun hatinya turut rasa tidak sedap hati tetapi diabaikan. Mungkin sebab terlalu nervous.

Pin pin.

"Malik dah datang. Aku pergi dulu tau Mel."Nadra memeluk tubuh Melissa sekejap sebelum berlalu pergi.

"Hati-hati."gumam Melissa perlahan dengan mata yang tidak lepas memandang  belakang tubuh langsing Nadra.

Nadra melangkah perlahan mendekati kereta mewah Malik. Kereta pun hot macam tuan dia.

Okay Nadra dah angau!

"Kau siap cantik-cantik ni buat apa?"sembur Malik selepas menurunkan cermin kereta.

"Eh biarlah!"jerit Nadra. Bersiap cantik-cantik pun salah. Malik buta!

"Masuk!"arah Malik dan menaikkan kembali cermin kereta.

"Kerek."kutuk Nadra sambil membuka pintu kereta. Dihempas kuat pintu kereta itu.

"Aku tahu kau banyak duit tapi aku tak nak guna duit kau untuk tukar pintu kereta baru."

"Habis kalau tak nak duit, awak nak guna apa?"tanya Nadra tak puas hati.

'Duit aku duit halal tau. Bukan macam dia yang haram.'

"Badan kau."selamba Malik berkata tanpa memandang Nadra. Kalau pandang Nadra nanti terbabaslah mereka berdua.

"Harini saya pakai kasut tumit tinggi empat inci. Kalau awak nak rasa dahi tu berlubang cubalah buat benda yang bukan-bukan."kata Nadra sarkastik. Tangan naik memeluk tubuh dan mengalihkan pandangan.

"Kau jangan sampai aku doakan kau jatuh terpelecok depan aku disebabkan kasut empat inci kau tu."sinis Malik berkata. Jujurlah dia rindu nak bergaduh dengan Nadra.

"I hate you!"Nadra menjeling Malik yang masih tersenyum sinis. Tak sweet langsung!

"But I love myself."








"KITA tengah tunggu siapa? Kan saya cakap nak keluar dengan awak sahaja!"kata Nadra dengan menekankan kata 'sahaja'.

"Bekas isteri aku. Kita jumpa sekejap saja lepastu kita makanlah berdua."kata Malik sambil memandang telefonnya. Dia tengah mesej dari Dayah kerana wanita ada mesejnya tadi mengatakan yang dia sekarang dalam keadaan tidak sihat.

Dayah
+Kejap tau abang.
+Tiba-tiba kena morning sickness.
+Dari tadi muntah.

Nadra menghela nafas.

"Tak habis-habis dengan bekas bini dia tu. Kalau dah sayang tu kahwinlah balik. Tak ada aku nak simpan perasaan dekat si duda ni lagi."bisik hati Nadra.

"Ikut suka awaklah. Saya nak masuk restoran dulu. Awak tunggu sajalah bekas isteri awak yang bila entah dia nak muncul. Saya lapar!"kata Nadra acuh tak acuh. Terhenti langkah Nadra apabila Malik mencengkam lengannya. Tak kuat sangat dan tak lembut sangat.

"Kejap--"

Ting. Ting. Ting.

Mata Malik kembali memandang telefonnya. Tanpa sedar, tangannya melepaskan genggaman pada lengan Nadra.

Dayah
+Abang boleh datang bilik Dayah?
+Dayah tak larat nak berjalan. Rasa nak pengsan.
+Bilik Dayah tingkat tiga dan bilik nombor 102.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now