Bab 50

24.4K 1.5K 445
                                    

Malik mengemas meja kerjanya dengan laju memandangkan dia sudah tidak sabar nak balik bertemu dengan Nayla. Anaknya itu semakin hari semakin manja. Kalau boleh setiap jam dia telefon hanya semata-mata nak suruh daddy boonya ni balik awal.

"Encik Malik!"

Malik menghentikan langkah apabila namanya diseru dari belakang. Malik memusingkan tubuhnya dengan wajah yang berkerut.

"Yes, Julia?"terjongket sebelah kening Malik ke arah Julia yang tersenyum-senyum itu. Malik memandang ke arah gadis itu dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Encik Malik nak balik dah ke?"tanya Julia sambil jari bergerak memintal rambutnya. Pandangan menggoda diberikan kepada Malik.

"Iya."jawab Malik sepatah. Malik kembali memusingkan tubuhnya membelakangi Julia.

"Saya nak ajak awak dinner malam ni boleh?"soal Julia laju sambil menghalang laluan Malik.

"No."balas Malik acuh tak acuh. Dia bergerak ke tepi memandangkan jalannya tadi dihalang oleh si Julia.

Ini kalau ada Nadra memang si Julia ni dah kena sembur. Teringat akan karenah si isteri membuatkan bibir Malik terbentuk senyuman nipis.

"Saya ajak dinner untuk hari ini saja. Tolonglah setuju encik Malik."rayu Julia. Dia mengikut langkah Malik dari belakang.

Malik menarik nafasnya kasar. Dia malas nak marah-marah orang.

"Aku dah berkahwin, Julia. Ada hati yang aku perlu jaga. Kau pergi cari lelaki lain yang boleh teman kau dinner malam ni."balas Malik dengan wajah tegang. Dijeling wajah Julia yang sudah berubah itu.

"Tapi isteri awak bukannya ada dengan awak pun. Kalau awak keluar dengan saya pun bukannya dia tahu."balas Julia dengan nada tak puas hati.

"Ini bukan tentang isteri aku tahu atau tak tetapi ni tentang setia. Aku sendiri yang dah berjanji dengan dia untuk tidak dekat dengan mana-mana perempuan. Aku ada tanggungjawab lain dari membazir masa keluar dengan yang haram."balas Malik mendatar. Kalau tak faham juga ni memang susah.

"Tengok-tengok isteri encik Malik yang tak setia. Depan awak memanglah dia kata setia tetapi belakang awak mungkin ramai saja lelaki simpanan dia."kutuk Julia tanpa sedar. Julia cuma sakit hati seba ditolak mentah-mentah oleh Malik. Jarang lelaki kacak tolak dia.

"Tapi sayangnya tangkapan kau dekat isteri aku salah, Julia. She really love me. Ouh bukan setakat cinta tapi obses. Kau belum kenal siapa isteri aku jadi jangan cepat sangat mengata. I know her and I really know how much she love me."mata Malik memandang Julia atas dan bawah dengan pandangan kosong.

"You're not my taste. My wife is more attractive and seductive."Malik tayang senyuman sinis sebelum berlalu pergi.

"And she's sexier than you."Malik menyambung percakapannya tanpa memandang ke arah Julia.










Selepas cukup tiga tahun Nadra berada di dalam penjara...

Lebar senyuman Malik melangkah masuk ke dalam penjara bersama Nayla yang berada di dalam dukungannya.

"Ite uwat apa kat syini, addy?"soal Nayla dengan pelatnya. Berkerut saja wajah Nayla. (Kita buat apa dekat sini, daddy?)

"Meet our queen."balas Malik sedikit teruja. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

Nayla memandang wajah daddynya yang ceria itu dengan pandang pelik. Terkebil-kebil matanya memandang sekeliling.

'Nadra Alana sudah dibebaskan.'

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now