Bab 17

28.9K 1.7K 187
                                    

Nadra terus bangun dari riba Malik. Terkebil-kebil matanya memandang seorang wanita yang cantik bertudung. Lagi terpegun dia melihat anak mata biru wanita itu.

"Aamber."

Perlahan-lahan tangan Nadra menyambut huluran tangan dari wanita bernama Aamber. Matanya kembali memandang ke arah Malik yang sedang memeluk tubuh. Eih hot!

"Nadra."kata Nadra perlahan. Tangan dilepaskan dari terus menggenggam tangan Aamber.

"I know. Nice to meet you."kata Aamber dengan senyuman. Kaki Aamber melangkah mendekati kerusi yang berhadapan dengan Malik.

"Mengah."kata Aamber selepas melabuhkan punggung pada kerusi. Tangan naik mengusap perutnya.

"Berapa lama kau berdiri dekat situ?"tanya Malik tanpa memandang Aamber. Tangannya menarik sebuah kerusi sehingga rapat dengan kerusinya. Tangan mengamit Nadra untuk duduk dikerusi itu.

"Tak lama tapi dapatlah tengok drama sayang-sayang."bibir Aamber terbentuk senyuman nakal. Rindulah suami dia dekat rumah tu!

"Nadra, aku dah lama teringin nak jumpa kau."kata Aamber dengan ramah.

"Tapi saya tak teringin nak jumpa awak."jawab Nadra jujur tanpa ada niat mahu menjaga perasaan Aamber.

Terbutang biji mata Malik mendengar balasan dari Nadra. Ya Rabbi, isteri siapa yang jujur sangat ni.

Aamber membalas dengan mengangkat kedua belah bahunya dengan senyuman. Mula dari Nadra membalas mesejnya petang tadi pun dia sudah tahu yang Nadra menganggapnya sebagai perampas.

"Apa yang urgent sangat?'tanya Malik memecahkan kecanggungan.

"Oh about kematian arwah makcum."Aamber kembali membetulkan duduknya untuk keselesaan. Masa nilah baby nak bermain bola dalam perut.

"Apa yang kau dapat?"

"Tentang orang yang tolong makcum. Tak silap aku orang tu perempuan. Dia ada dekat situ dari awal sampailah dia tak sempat selamatkan makcum tapi aku tak tahu apa punca dia."jawab Aamber panjang lebar. Matanya mengerling ke arah Nadra yang senyap disisi Malik.

"Tapi yang aku tahu perempuan tu ada kena mengena dengan orang yang berdendam dengan kau."sambung Aamber lagi.

"Which means perempuan tu tolong lelaki yang berdendam dengan aku tu?"tanya Malik serius. Kuat dia menggenggam pemegang kerusi.

"I don't know. Maybe yes or maybe no. Dia boleh jadi dua sebab sama ada dia memang nak tolong atau dia sengaja buat-buat tolong hanya semata-semata nak terus tutup kes lelaki tu. Dia ingat kemungkinan kau akan tutup kes tu memandangkan ada yang usaha bantu makcum."kata Aamber panjang lebar.

Tangan Malik naik menguak rambut kebelakang. Nadra yang melihat perilaku Malik itu hanya mampu menelan air liur.

'Mummy! Nadra cannot stop to say yang Malik is very hot!'

"Dia tahu?"mata Aamber mengerling sekilas ke arah Nadra yang tidak lepas memandang Malik. Tergeleng perlahan kepalanya dengan senyuman kecil. His wife so cute!

"Tak. Aku belum sempat nak bercerita. Macam mana nak bagitahu kalau belum bercakap lagi dia dah cabul aku macam sekarang."balas Malik sinis. Dikenyit sebelah mata ke arah Nadra yang masih tidak lepas memandangnya.

"Orang pandang saja."gumam Nadra perlahan. Tangannya menjalar ke arah lengan keras Malik dan dicubit lengan suaminya itu.

Tadi baru saja pujuk and sekarang nak berperang balik.

"Nadra, kau nak tahu sesuatu pasal Malik? I'm very sure yang kau belum kenal dia sepenuhnya."kata Aamber sambil menendang kaki Malik selamba.

Nadra yang memandang perilaku itu hanya terkebil-kebil. Wah tak padan dengan mengandung tetapi ganas.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now