Bab 28

22K 1.2K 123
                                    

Tersengih-sengih Nadra apabila mereka sudah berada di hadapan pantai Chenang. Dahlah hari ni dia dan Malik pakai baju sedondon. Berkemeja biru dan berseluar putih. Sweet sangat!

"Saya pernah datang sini sekali saja tu pun masa saya praktikal lepas diploma."kata Nadra menghentikan kesunyian diantara mereka.

"Aku tak pernah datang ke sini."balas Malik sambil memeluk bahu Nadra. Ikutkan dia malas tetapi disebabkan Nadra yang tak berhenti merengek jadi terpaksalah dia mengikut juga kalau tak nanti jadi perang dunia.

"Tapi sekarang awak datang dengan saya as husband and wife."kata Nadra dengan senyuman comel. Jarinya naik memicit dagu terbelah Malik. Eihh comel!

"Aku nak beli air kejap. Kau boleh tunggu sini sorang-sorang?"tanya Malik sedikit risau. Isterinya ini dahlah cantik nanti kena culik susah pula.

"Saya okay. Jangan lama-lama tau sebab nanti rindu."kata Nadra lembut dan mencium sekilas dada Malik yang masih dilapisi baju kemeja. Gila Malik nak berbogel dekat tempat awam. Memang Nadra korek mata yang pandang suami dia tu.

Terus Malik berlalu pergi meninggalkan Nadra yang masih tersenyum itu. Dari belakang pun hotlah suami kita. Ehhh suami Nadra! No share-share titik.

Dari jauh Nadra ternampak seorang lelaki berjalan sendirian. Mata dikecilkm untuk melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

"Haris datang sekali ke? Bukan akhyar dengan Malik saja ke?"gumam Nadra perlahan dengan dahi yang berkerut. Nadra mengetap bibir apabila melihat Haris memeluk seorang perempuan bertudung yang membelakangi Nadra.

"Haris dah kahwin ke?"gumamnya lagi sambil mata tidak lepas memandang tingkah laku Haris bersama seorang perempuan.

"Siapa yang dah kahwin?"

Nadra memusingkan tubuhnya apabila disergah oleh Malik yang sedang memegang air itu.

"Haris."jawab Nadra sepatah.

"Dia mana kahwin lagi."balas Malik sambil menghulur air kelapa kepada Nadra.

"Tadi saya nampak dia peluk seorang perempuan."kata Nadra dengan polos.

Makin berkerut dahi Malik mendengar kata-kata dari Nadra. Matanya memandang sekeliling mencari kelibat Haris yang dikatakan oleh isterinya itu tetai langsung dia tidak nampak batang tubuh kawannya itu.

"Mana adalah, sayang. Haris mana ikut kita ke Langkawi. Kau tersalah orang kot."kata Malik dengan ragu-ragu. Tak akanlah Nadra nak menipu pula.

"Betul saya nampak dia. Dekat sit--"terhenti jari telunjuk Nadra yang ingin menunjuk ke arah tempat Haris dan seorang perempuan tadi berada.

"Mana?"gumam Nadra perlahan sambil mengetap bibirnya.

"Tak apalah. Maybe kau betul tersalah orang. Jom kita berjalan."Malik kembali merangkul bahu Nadra untuk berjalan bersamanya mendekati air laut.

Nadra hanya menurut. Kepala dipusing sekilas ingin memastikan yang dia tersalah pandang orang tetapi hampa kerana memang tiada orang disitu.

'What's going on?'

"Awak nak mandi laut ke?"tanya Nadra selepas lama berdiam diri. Kakinya dan kaki Malik sudah masuk ke dalam air.

"Lain kalilah. Aku mana bawa baju ke sini."kata Malik tanpa memandang Nadra. Matanya terpejam merasai angin laut yang menenangkan.

Nadra yang melihat perilaku Malik itu hanya tersenyum. Dari tepi pun hensem. Mesti kalau mereka dapat anak lelaki nanti hensem macam Malik. Auch tak sabar!

Tangan Nadra naik merangkul pinggang Malik dari tepi. Diletakkan pipinya di dada Malik untuk mendengar degupan jantung Malik yang berdegup tenang itu. Sebelah tangan lagi naik memegang perut sendiri.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now