Bab 27

22.4K 1.3K 152
                                    

Nadra mengintai belakang tubuh Malik yang sedang bersila sambil melipat baju. Eii memang husband material betullah. Digigit hujung bibirnya apabila melihat tangannya yang memegang sesungut lipas.

Maaf Malik. Nadra cuma nak attention!

"Malik!"jerit Nadra apabila dia melepaskan lipas di atas lantai.

"Lipas!"jerit Nadra lagi sambil berlari naik ke atas sofa. Bantal sofa di ambil dan dibaling ke atas lantai.

"Mana?"tanya Malik kalut sambil mencari lipas yang dikatakan oleh Nadra tadi.

"Tu! Belakang kaki awak!"Nadra menunjukkan lipas yang berada di belakamg kaki Malik.

Dengan selamba Malik menangkap lipas dengan tangan. Lipas ditunjukkan ke arah Nadra yang masih berdiri di atas sofa.

"Lipas ni nak mati dah Nadra."kata Malik selamba.

"Buanglah dia. Nanti kalau dia terbang dah tak jadi lipas tapi jadi pig."kata Nadra dengan dahi yang sengaja dikerutkan.

Malik hanya menggelengkan kepala dengan wajah malas.

Nadra menggarukan kepalanya apabila melihat Malik kembali duduk bersila dan sambung melipat baju selepas membuang lipas. Penat-penat dia cari lipas tu sebab nak minta attention tapi yang dia dapat sikit saja perhatian itu.

"Nak minta attention macam mana lagi? Yang lipas tu tak menjadi."gumam Nadra perlahan. Mata yang berair dilap menggunakan hujung baju.

Bukan menangis tapi tak tahulah dua, tiga hari ni matanya cepat saja berair walaupun dia tak melakukan apa-apa.

"Uhuk! Ehem."Nadra menepuk perlahan dadanya yang sedikit sesak selepas batuk.

"Nak demam ke eh?"tangan Nadra naik menekap pada dahi sendiri. Tak panas!

"Kenapa ni?"tanya Malik selepas melabuhkan punggung disebelah Nadra. Baju yang dilipat belum selesai lagi tapi disebabkan dia terdengar Nadra batuk terus dia tinggalkan baju macam tu saja.

"Kenapa apa? Saya batuk sikit jalah."kata Nadra perlahan. Kepala dijatuhkan pada bahu Malik dengan jari yang masih mengelap mata yang berair.

Kalaulah dia tahu dengan batuk ni senang nak dapat perhatian Malik memang dia dah buat dari tadi. Tak adalah susah-susah dia pergi cari lipas tu.

"Kau demam la, sayang."kata Malik dengan dahi yang berkerut. Tangan yang tadi berada di dahi Nadra turun menekap dileher Nadra pula.

"Mana ada."nafi Nadra dengan mulut muncung. Dia tak mahu demam lagi sebab nanti tak boleh teman Malik ke Langkawi.

"Iya. Panas ni dahi dengan leher kau."Malik menolak tubuh Nadra menjauh sedikit dan dia berdiri. Baru mahu melangkah pergi, tangannya digenggam oleh Nadra.

"Pergi mana? Duduklah sini dengan saya."merengek Nadra perlahan sambil kepala bergerak menyondol abdomen beroti Malik.

"Aku pergi ambil ubat sekejap. Duduk sini diam-diam."kata Malik sambil mengusap rambut Nadra. Dicium sekilas dahi Nadra sebelum berlalu ke dapur.

Nadra yang melihat pemergian Malik itu terus menjatuhkan tubuh ke atas sofa dengan senyuman lebar. Yeay dah dapat attention dari encik husbaby!

"Nah."

Tercelik mata Nadra apabila mendengar suara Malik. Ubat yang berada di tapak tangan Malik itu dipandang sepi. Baru Nadra teringat yang dia tak suka makan ubat.

Ubat tak sedap!

"Tak naklah. Nadra dah sihat."laju Nadra bangun dari pembaringan dan tayang senyuman comel kepada Malik yang masih menghulurkan ubat kepadanya.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now