Bab 2

32.8K 1.8K 249
                                    

Terkedip-kedip mata Nadra memandang syiling bilik yang agak begitu mewah. Dia sudah lama sedar dari tidur tapi tak berani bergerak walaupun sedikit.

"Aku kat mana? Rumah Rais ke? Rais bawa aku balik ke?"gumam Nadra dengan penuh persoalan. Bibir digigit perlahan menahan debaran.

'Jangan cakap yang Rais nak dia beranak anak luar nikah tu jadi kenyataan.'

Laju Nadra menggelengkan kepala menghilang kata-kata negatif. Mohon dijauhkanlah.

Tangan Nadra menolak selimut yang menyelimuti tubuhnya. Hampir jatuh rahang Nadra melihat pakaiannya yang sudah bertukar. Sejak bila pula dia pandai pakai baju kemeja hitam tanpa seluar ni. Sudahlah kemeja hitam ni besar dua kali ganda dari tubuh langsingnya.

Malas mahu berfikir lagi, Nadra berjalan ke arah pintu bilik. Keluar dari bilik, hidung Nadra terus menangkap deria bau masakkan dari dapur. Kaki melangkah ke arah dapur dengan hanya mengikut kata hati.

Sekali lagi Nadra terkedu melihat pandangan yang agak mengancam. Merah muka Nadra memandang belakang tubuh seorang lelaki yang tidak berbaju itu.

Mommy, Nadra salah masuk rumah anak teruna orang!

"Ehem!"Nadra berdehem perlahan untuk menarik perhatian lelaki itu. Dengan selamba kaki berjalan ke arah kerusi di meja makan dan melabuhkan punggungnya pada salah satu kerusi di ditu.

"Tahu pun bangun. Ingatkan nak tidur selama-lamanya. Baru nak panggil jiran untuk bacakan yassin."perli lelaki yang masih membelakangi Nadra.

Nadra rasa tak lama lagi mesti rahangnya tercabut. Lelaki yang membelakanginya itu adalah Malik! Si duda hot!

"Why I'm here?"tanya Nadra pelik. Langsung tidak menghiraukan kata perli dari Malik. Dah biasa.

"Tak tahu. Perempuan mana tiba-tiba peluk aku sambil nangis. Dah puas nangis sedap pula dia tidur atas dada aku."Malik memusingkan tubuhnya menghadap tubuh kecil Nadra yang masih tidak memandang ke arahnya.

"Tidur mati pula tu."Malik menyambung kata-katanya.

"Mana--"mati kata-kata Nadra apabila melihat tubuh atas Malik yang tidak berbaju.

"Roti!"kata Nadra tanpa sedar. Matanya tak lepas memandang abdomen Malik yang beroti bun. Woah memang sesuai dengan panggilan duda hot!

"Apa yang roti?"berkerut dahi Malik memandang Nadra. Setahunya rumah ni tak ada roti sebab Malik bukanlah seorang penggemar roti.

Mata Malik memandang ke arah anak mata Nadra kemudian memandang tubuhnya yang tidak berbaju. Terjongket senyuman sinis dibibirnya.

"Dasar janda miang."gumam Malik perlahan.

Tangan Malik naik mencengkam lembut rahang Nadra. Mata mereka bertemu dan Malik baru sedar yang warna anak mata Nadra hitam pekat. Tak macam anak mata orang lain dan termasuklah dia.

"Puas?"

"Haa?"terkedip-kedip mata Nadra memandang wajah Malik. Tengok wajah Malik yang semakin dekat ni buat jantungnya berdegup laju.

"Puas ke tengok badan aku? Tak nak cuba sentuh?"

"Boleh ke?"tanya Nadra polos. Muka tu nampak macam bercahaya semacam.

"Boleh tapi dengan satu syarat."Malik mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Nadra.

"Apa?"

"Aku nak tengok kau punya. Kau ingat semua ni free? Nak masuk tandas awam pun kena bayar tau."sempat lagi Malik memerli. Malik dan perli langsung tak boleh dipisahkan.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now