Special Chapter 1

21.9K 1.3K 280
                                    

Kaki melangkah ke tingkat tiga untuk pergi ke mini gym. Tangannya memegang sebotol air mineral untuk diberikan kepada suaminya itu.

"Noel dengan Noah bila dah besar nanti kena rajin workout tau. Baru ramai perempuan suka. Nadda pula jadi cantik macam mommy."

Tergeleng-geleng kepala Nadra mendengar perbualan antara Malik dan kembar tiga yang berusia enam bulan.

Kembar tiga? Iya, Nadra selamat melahirkan tiga bayi enam bulan yang lalu.

Yang pertama bernama Noel Mateen manakala yang kedua pula bernama Noah Mahfuz dan yang ketiga pula bernama Nadda Madeena.

"Macamlah mereka faham."sampuk Nadra selepas melabuhkan punggung disebelah Nadda yang sedang meniarap itu.

"Nanti mereka fahamlah."balas Malik sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Nadra. Botol yang dihulur oleh Nadra diambil. Sengaja Malik menyentuh jari dengan senyuman menggoda.

"Behave. Depan anak ni."Nadra menjulingkan biji matanya.

"Macamlah mereka faham."Malik mengulang ayat dari tadi. Tubuh diinjak sehingga pahanya bertemu dengan paha Nadra.

"Nak sikit."kata Malik selepas melihat Nadra mencium wajah Nadda.

"Nak apa?"soal Nadra dengan wajah berkerut.

"Kiss, sayang. Pagi ni abang tak dapat lagi morning kiss."merengek Malik dengan wajah masam. Disondol kepalanya pada bahu Nadra.

"Pergilah minta dekat janda sebelah rumah tu."perli Nadra tanpa memandang wajah Malik. Ditolak kepala Malik yang masih menyondol bahu.

"Tak nak. Abang nak ciuman dari bekas janda hot ni."jari Malik naik mencucuk leher Nadra.

"Bekas janda hot ni tak nak bagi kiss. Kalau awak minta dekat janda sebelah rumah tu mesti dia bagi."datar Nadra membalas. Menepis lembut jari Malik.

Malik mengetap bibirnya dari tersenyum. Mommy boo merajuk tambah cemburulah sebab tu dia panggil Malik guna awak. Bukan abang.

"Look at me, Nadra Alana."tangan Malik menarik bahu Nadra agar tubuh isterinya itu menghadap ke arahnya.

"Isteri abang ni cemburu ke?"

"Soalan bodoh apa awak tanya ni."balas Nadra dengan wajah tegang. Tajam Nadra menjeling Malik yang masih tersenyum itu.

"Okay sorry. Bagitahu abang yang Nadra cemburu sebab apa?"soal Malik berhati-hati. Kang kena cop bodoh lagi.

Laju tangan Nadra menepuk perut berketak Malik dengan wajah yang betul-betul menahan marah. Dari pagi tadi dia menahan rasa ni.

"Sukakan biar janda lain tengok badan awak ni. Dah jemu ke tunjuk dekat saya seorang sampai nak tayang dekat perempuan lain. Dekat janda pula tu."kata Nadra geram. Matanya mula berair.

"Dah puas tayang dekat dia boleh pula borak rapat-rapat dengan dia. Sengaja nak kononnya biar dia tersentuh roti awak ni."lagi sekali menampar perut Malik. Perlahan sikit dari tadi.

"Sukalah tu biar hak milik saya disentuh dan dipandang orang lain!"bentak Nadra.

"Taste awak memang semua janda ke apa?"soal Nadra tak puas hati.

Jiran sebelah rumahnya pun kenapa perlu janda. Jadi sajalah isteri orang.

Malik mengetap bibirnya dari tersenyum. Comel pula tengok isterinya ini membebel sebab cemburu dengan wajah yang merah kerana menahan tangisan. Malik tergoda.

Malik menolak tubuh Nadra sehingga tubuh Nadra jatuh terbaring dan Malik naik menindih tubuh Nadra dengan senyuman menggoda.

"Apa ni!"tangan Nadra menolak tubuh Malik. Kepala dipusingkan memandang ke arah anak-anaknya. Boleh pula tiga ketul itu tidur. Sengaja bagi peluang dekat mommy dan daddy dia ke apa?

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now