Bab 49

21.4K 1.4K 346
                                    

Malik menepuk lembut punggung Nayla yang dari tadi tidak berhenti menangis. Ke hulur, ke hilir dia berjalan bagi menenangkan tangisan anak perempuannya.

"Nayla kenapa ni? Daddy bagi susu Nayla tak nak minum."kata Malik sambil menggerakkan tubuhnya ke kiri dan kanan.

"Nayla tak penat menangis ke? Daddy penatlah."gumam Malik perlahan. Diusap belakang tubuh Nayla dengan lembut. Selawat dan zikir dibisik disebelah telinga Nayla.

Malik menggaru keningnya yang tidak gatal apabila tangisan anaknya langsung tidak reda. Kaki dibawa melangkah ke dalam wadrobe dan tangan Malik bergerak mengambil baju Nadra. Dia kembali ke arah katil dan membaringkan tubuh Nayla ditengah-tengah.

Baju Nadra itu diselimutkan pada tubuh kecil Nayla. Malik tersenyum hambar apabila melihat tangisan Nayla yang semakin reda. Malik dah tahu punca Nayla menangis.

"Nayla rindu mommy ke? Daddy pun rindu mommy."kata Malik sambil membaringkan tubuhnya mengiring ke arah Nayla.

"Waktu macam sekarang nilah mommy akan usik daddy dengan sentuh daddy punya otot. Tak habis-habis mengadu roti dia mengecutlah, kempislah, berlemaklah."Malik melepaskan ketawa kecil. Ah! Dia rindu Nadra selepas tiga bulan mereka berpisah.

Malik tersenyum apabila mendengar suara Nayla seperti mahu membalas percakapannya.

"She's precious. Really precious."gumam Malik sebelum mengubah pembaringannya menghadap syiling pula.

"Lagi dua tahun sembilan bulan. Daddy can't wait to hug your mommy. Nayla can't wait too right?"Malik menjongketkan sebelah keningnya ke arah Nayla.

Seperti memahami, Nayla menayangkan senyuman yang menampakkan gusi kepada Malik. Malik ketawa kecil sebelum menggomol wajah Nayla.

Malik tak sabar nak tunggu hari itu tiba. Hari di mana dia dapat menarik kembali Nadra dalam hidupnya.







Beberapa bulan kemudian...

Nadra berjalan ke arah tempat yang dapat dia berbual dengan pelawat menggunakan telefon. Nadra melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

Senyuman dihadiahkan kepada Malik dan Nayla. Mereka dipisahkan oleh dinding kaca yang tebal. Nadra mencapai ganggang telefon dan diletakkan ditelinga.

"Assalamualaikum, mommy boo."Malik memulakan bicara dengan senyuman. Tubuh Nayla yang berada di atas ribanya itu dibetulkan agar anak perempuannya itu selesa.

"Wa-waalaikumsalam, Malik."balas Nadra dengan nada yang bergetar.

Suara yang dia paling rindu. Suara yang selalu terngiang-ngiang ditelinganya.

"Mommy sihat?"soal Malik tanpa melepaskan pandangannya dari wajah sedikit cengkung Nadra.

Nadra menganggukkan kepalanya saja. Bibir diketap apabila air matanya sudah laju membasahi pipi. Belum apa-apa lagi Nadra dah banjir.

"Speak, Nadra. I want to hear you voice."

"Sa-saya rindu a-awak."ucap Nadra sebelum menekup wajahnya dengan tapak tangan. Terhinjut kedua-dua belah bahunya.

"Don't cry, mommy. Daddy and Nayla datang sebab nak gembirakan mommy."kata Malik sambil mengecilkan suaranya seperti meniru suara Nayla.

Nadra menghembus nafas perlahan sebelum anak matanya jatuh memandang wajah comel anak perempuannya.

"Puteri mommy dah besar. Hari ini Nayla dah masuk setahun."kata Nadra selepas menenangkan diri. Mana mungkin dia lupakan tarikh lahir puteri sulungnya.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now