Bab 1

66.3K 2K 230
                                    

Malik menolak rambutnya kebelakang apabila angin meniup rambutnya sehingga menutupi dahi. Kot yang berada ditubuh dikemaskan. Tangan naik mengurut leher sambil berjalan ke arah kereta.

"Nak balik dah ke?"

Terhenti perbuatan Malik yang mahu membuka pintu kereta apabila ditegur oleh seorang wanita. Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan tubuh menghadap wanita itu.

"Taklah. Baru nak masuk kerja."balas Malik dengan malas. Tangan naik memeluk tubuh sambil mata tidak lepas memandang wanita dihadapannya atas dan bawah.

"Kau buat apa lagi dekat sini? Kes kau dah settlekan minggu lepas."tanya Malik apabila wanita tidak bersuara. Kusyuk betul mata wanita itu memandang wajah Malik. Susahlah jadi hensem ni.

"Memang dah settle tapi saya datang sini bukan sebab kes saya tapi saya datang sini sebab nak jumpa awak."balas wanita itu dengan sengihan comel. Comel-comel pun tetap kena cerai. Tak faham betul.

"Buat apa nak jumpa aku? Aku tak ada kena mengena dengan kau, mrs Nadra."

"Adalah. Saya nak ajak awak lunch hari ini memandangkan kerja awak habis awal."terkedip-kedip mata Nadra memandang Malik. Semoga cairlah hati beku Malik ni.

"No! Aku nak balik."terus Malik memusingkan tubuhnya menghadap kereta. Lagi sekali belum sempat Malik mahu membuka pintu kereta, lengannya ditarik kuat oleh Nadra.

"Tak payahlah balik lagi. Bukannya ada isteri sambut awak pun."memuncung mulut Nadra memandang Malik. Kan dah cakap lelaki ni sombong.

"Aku memang dah tak ada isteri tetapi aku balik sebab nak rehat. Do you understand, Mrs Nadra?"balas Malik acuh tak acuh.

"Miss!"Nadra menjeling Malik. Sakit pula hati bila lelaki itu kerap kali memanggil dia dengan panggilan 'Mrs.' Dia mendengus perlahan.

"Ouh lupa baru lepas bercerai."Malik keawa sinis. Lengannya yang masih dipegang oleh Nadra itu ditarik. Ada juga yang hilang sebelah tangan sekejap lagi.

"Awak patut sedar diri yang awak pun baru lepas bercerai."balas Nadra geram. Dia janda tetapi dia masih hot tau. Bukan macam duda depan dia ini. Kerek nak mampus tetapi nasib hensem sikit.

"Aku duda tak apa sebab ramai yang nak tapi kau?"Malik memandang Nadra atas dan bawah. Terjungkit senyuman sinis dibibir.

"Janda macam kau ni belum tentu ada yang nak."

Tersentak Malik apabila leher baju kemejanya dicengkam oleh Nadra. Terkedu lagi apabila wajahnya dan wanita itu terlalu hampir.

"Kalau tak ada orang nakkan saya, saya akan buatkan awak yang nakkan saya dan tergilakan saya. Saya tak main-main dengan kata-kata saya. Marks my word, Mr Malik."terus Nadra berlalu pergi meninggalkan Malik yang tercenggang sendiri.

Sakit hati!











"You ni memang tak faham bahasa ke Rais? I tak nak dekat you dah!"Nadra mengeluh perlahan. Susah betul ada bekas suami yang gila talak ni.

"Kita rujuk, Nadra. I bodoh sebab lepaksan you haritu. I tak dapat kawal cemburu I bila tengok you peluk lelaki lain."

Nadra berundur menjauh dari Rais apabila lelaki itu mahu mendekatinya. Gila!

"I tak peluk lelaki lainlah! Dia cuma selamatkan I dari jatuh tangga. Kalau dia tak selamatkan I, mesti tubuh I dah patah sana-sini. You ni bodoh ke tak tahu beza semua tu."perli Nadra sinis. Konon mereka bercerai dengan alasan dia kena peluk lelaki lain. Kononnya juga dia curang belakang Rais.

"I sanggup berlutut depan you but janji yang kita akan rujuk semula. Kesian dekat bonda I sebab dia rindukan menantu kesayangan dia."pujuk Rais. Dia cuba mencapai tangan Nadra tapi sempat wanita itu mengelak.

"I tak naklah Rais! You cari perempuan lain yang boleh ganti tempat I sebagai menantu kesayangan tu."Nadra menekan perkataan menantu kesayangan. Menantu kesayangan apanya kalau setiap kali balik rumah bonda Rais tu mesti dia dengan bibik dekat situ tak ada beza. Sama-sama buat kerja tetapi sayangnya dia tak bergaji.

"Nadra!"

Tersentak Nadra apabila lengannya ditarik sehingga masuk ke dalam pelukkan jijik Rais.

"Lepaslah Rais! You ni memang bodoh dari dulu eh!"sempat Nadra menyindir Rais. Kuat Nadra meronta untuk melepaskan diri dari pelukkan jijik Rais.

"I tak akan lepaskan you selagi you tak setuju nak rujuk dengan I."ugut Rais. Kepala dirapatkan ke arah leher jinjang Nadra.

"Aku ada maruah Rais!"lantang nada suara Nadra. Tangannya naik menolak kepala Rais yang masih menghidu lehernya. Menyesal dia pakai minyak wangi banyak-banyak. Untuk perempuan diluar sana, mohon jangan contohi Nadra.

"Rais lepas! Kita bukan suami isteri lagi. You tak belajar halal dan haram ke?"lantang nada suara Nadra. Di dalam hati berdoa agar ada yang membantunya.

Berair mata Nadra apabila Rais makin mengetatkan lagi pelukkan. Tanpa berfikir panjang, tinggi Nadra mengangkat lututnya sehingga terkena kepada alat sulit Rais.

Belum sempat Nadra nak berlari, rambutnya dicengkam kuat dari belakang sehingga tubuhnya terbaring di atas tanah.

"Aku dah lama sabar dengan kau, Nadra. Jangan sampai aku buat kau beranak anak luar nikah."kata Rais dengan nada seperti tahan kesakitan. Senak kot.

"Sumpah kau jantan tak guna! Lepaslah!"tangan Nadra menolak tubuh Rais yang sudah berada di atasnya. Sakit teruk belakang tubuh Nadra.

Pang..

"Diam!"jerkah Rais selepas menampar pipi Nadra.

"Oi!"

Terus Nadra bangun dari baringnya selepas tubuh Rais disepak oleh seseorang dari tepi. Tangan naik mengesat air mata yang tidak henti mengalir.

"Kalau dah bercerai tu buat cara dah bercerai. Jangan buat bekas bini kau tu macam perempuan murahan."lantang nada suara lelaki yang menyelamatkan Nadra.

Buk.

Nadra berdesis sakit apabila melihat lelaki itu menumbuk kuat wajah Rais. Rais yang kena tapi dia yang rasa sakit.

"Bukan Nadra yang tak ada maruah tetapi kau yang tak ada maruah! Dah seronok ceraikan dia lepastu nak rujuk balik. Jangan jadi bodohlah."lelaki itu melepaskan kolar baju Rais kemudian berjalan mendekati tubuh Nadra yang masih duduk sambil memeluk lutut.

"Hei janda, bangun."tangan lelaki itu menarik lembut lengan Nadra.

"Tak nak Malik."Nadra menolak tangan Malik yang nenyentuh lengannya.

Ya, yang tolongnya tadi tu Malik si duda hot.

"I didn't do anything to you. Come, Nadra."terpaksalah Malik merendahkan nada suaranya. Kemungkinan Nadra trauma sekejap.

"I'll send you home."pujuk Malik lembut. Tetiba tak suka dengan diri sendiri.

Terkaku Malik apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Nadra. Wanita itu kembali menangis didadanya.

TBC...
Hai.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now