Bab 39

17.7K 1.2K 174
                                    

"Malik!"Akhyar memetik jari dihadapan wajah Malik yang mengelamun itu.

"Kau kenapa ni? Dari tadi aku dengan Lee cakap pasal Dayah tapi kau langsung tak bagi attention."kata Akhyar tak puas hati. Tangan naik memeluk tubuh sambil menyandarkan tubuhnya pada penyadar kerusi.

"Sorry."ucap Malik perlahan sambil meraup wajahnya. Wajahnya terang-terang menunjukkan dia berada dalam kekusutan.

"What's your problem?"soal Lee dengan tenang sambil menghirup air kopi.

"Tak tahu. Nadra dah banyak hari tak nak bercakap dengan aku. Bila aku tanya dia mesti dia jawab sepatah saja. Bila aku dekat saja dengan dia terus dia menjauh. Aku pun pelik dengan dia."luah Malik perlahan. Bukan nak buka aib tetapi dia rasa dia memang perlukan orang untuk meluah.

"Kau ada tanya dia kenapa?"

"Dia tak nak bercakap. Aku paksa dia lepastu terus tarik muka."Malik menghela nafas perlahan.

"Lagipun lepas dia keluar hospital asyik muntah-muntah. Bila aku kata nak bawa pergi hospital dia menangis lepastu dia kata aku dah tak sayang dia."Malik menggelengkan kepala dengam senyuman nipis. Ahh dia rindu Nadra yang nakal.

"Awak dah tak sayang saya sebab tu nak biarkan doktor yang jaga saya. Saya tahu awak dah malas nak jaga saya."teresak-esak Nadra menangis.

"Dia angau pula."perli Akhyar apabila melihat senyuman dibibir Malik. Tangannya bergerak menyiku lengan Ezekiel Lee sambil memuncungkan mulut ke arah Malik memandangkan lelaki mat salleh tu sibuk dengan telefon dari tadi.

Susah juga jadi single ni. Asyik diabaikan saja.

"Sudah lah. Kau orang nak bincang pasal apa?"soal Malik kembali serius.

"Pasal Dayah. Kita orang fikir nak balik Langkawi sebab Dayah masih dekat situ. Kau nak ikut ke?"tanya Akhyar sebelum mereka berbincang ke arah lebih mendalam.

"Tak tahu lagi. Aku tak nak tinggal Nadra dekat sini seorang diri."

Akhyar menganggukkan kepala tanda mengerti. Bini tengah berpantang tak akan nak tinggal macam tu saja.

"Kami nak mula soal siasat Dayah bila dah dekat Langkawi nanti. Saya rasa makin kita biar macam tu saja nanti saya takut awak dengan Nadra dalam bahaya lagi. Mungkin bila kita soal Dayah, dekat situ kita akan jumpa jawapan siapa yang ketua dalam kes ni."terang Lee selepas meletakkan kembali telefonnya ke dalam poket seluar.

"Kalau Nadra tak nak pergi awak boleh saja stay sini dan jaga dia. Biar saya dan Akhyar yang settlekan semua."terang Lee lebih lanjut.

Laju Akhyar menganggukkan kepala menyetujui apa yang dikatakan oleh Ezekiel Lee.

Malik hanya mampu berdiam diri. Dia tak nak susahkan sesiapa tetapi tanpa Akhyar dan Ezekiel Lee mungkin hubungannya dengan Nadra akan retak jika dibiarkan begitu saja. Malik menghela nafas perlahan.

"Terima kasih sebab sudi tolong aku."ucap Malik penuh keikhlasan.

Sesungguhnya mendapat sahabat yang baik juga adalah kurniaan yang terindah dari Allah. Kurniaan yang sangat berharga!





LAMA mata Nadra menatap sekeping gambar yang pernah diberikan oleh mamanya selepas dia sedar dari koma.

Gambarnya sambil mendukung seorang budak lelaki yang berusia setahun. Gambar semasa dia meraikan hari lahir anak sulungnya kali pertama dan terakhir.

"Maafkan mommy, dedel. Mommy tak sangka dia sanggup buat dedel macam ni. Kalau mommy ambil dedel awal dari dia mesti dedel dah besarkan sekarang."gumam Nadra perlahan dengan mata yang berkaca.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now