Bab 54

25.4K 1.5K 461
                                    

Nadra membetulkan topi berwarna merah dikepala Nayla sementara menunggu Malik membeli tiket untuk masuk ke dalam zoo negara.

"Banyak tak haiwan dalam tu mommy?"soal Nayla tanpa memandang Nadra. Matanya memandang seluruh kawasan luar zoo itu. Mana tahu cuma lelaki hensem.

"Banyak! Semua comel-comel."balas Nadra teruja. Mesti ramai kawan-kawan Nayla dalam tu.

"Jom."

Nayla menghulurkan tangannya kepada Malik untuk didukung. Tersenyum suka dia apabila didukung dan dicium oleh daddynya. Mata menjeling ke arah mommy dengan muka bangga.

Mommy tak dapat kiss tapi Nayla dapat.

Nadra menjulingkan matanya ke atas. Over betul mak cik tak tahu malu tu.

"Akhyar dah sampai?"soal Nadra selepas mereka sudah masuk ke kawasan zoo. Bibirnya tarik senyuman apabila merasakan tangan Malik menggenggam tangannya.

"Dah. Mereka sampai awal dari kita memandangkan Dayyan tak sabar nak tengok haiwan."kata Malik sambil menarik Nadra mendekat.

"Ayyan ada?"soal Nayla selepas mendengar daddynya menyebut nama boyfriendnya.

"Iya."meleret Malik membalas soalan dari Nayla. Janganlah anak perempuannya ini buat hal macam malam dua minggu lepas.

Sampai menangis Dayyan sebab dipeluk ketat oleh Nayla. Kemungkinan Dayyan sudah trauma dengan Nayla sebab itulah setiap kali bertemu Akhyar mesti tiada Dayyan. Kesian budak lelaki tu. Tak tenang dah hidup dia disebabkan oleh Nayla.

"Mana? Nayla dah lama tak jumpa Ayyan. Nayla windu dia."kata Nayla dengan wajah teruja sambil menepuk tangan.

"Sebelum Nayla jumpa Dayyan, mommy nak tunjuk kawan Nayla dulu."kata Nadra dengan senyuman penuh makna. Tak habis-habis dengan Dayyan dia.

"Siapa kawan Nayla?"soal Nayla ingin tahu.

"Tu!"Nadra menundingkan jari telunjuk ke arah kandang badak air. Dia menunjukkan kepada Nayla seekor badak air yang sedang berendam.

"Tu kawan Naylalah tu. Dia mandi pun sama macam Nayla. Tengok! Gigi dia pun sama macam Nayla."Nadra melepaskan ketawa kecil selepas melihat muka masam Nayla.

"Nadra."Malik menyeru nama Nadra dengan nada mendatar.

"Iya, abang."sahut Nadra dengan senyuman. Janganlah Malik nak buka ceramah dekat sini.

Malik menggelengkan kepalanya perlahan seraya merangkul bahu Nadra untuk pergi ke kandang haiwan yang lain. Nadra memuncungkan bibirnya sedikit. Malik tak sporting.

"Nayla cantikkan daddy? Nayla tak macam badak air tadikan? Badak air tadi tak cantik."soal Nayla perlahan. Wajahnya sudh kemerahan seperti menahan tangisan. Tak nak nangis depan orang sebab nant tak cantik.

"Princess daddy ni mestilah cantik. Kalau tak cantik tu bukan anak daddy."kata Malik selamba. Wajah sengaja diseriuskan walaupun bibir mahu tersenyum.

"Cantik macam mommykan?"soal Nayla lagi. Nayla cuma inginkan kepastian saja.

"Ya, cantik macam mommy."kata Malik perlahan. Mata Malik memandang ke arah Nadra sebelum dikenyitkan sebelah matanya kepada isterinya itu.

Nadra tersenyum malu disebelah Malik. Arghh! Nadra blushing!

"Akhyar!"panggil Malik sedikit kuat apabila melihat susuk tubuh rakannya.

"Baru nampak tiga batang hidung."kata Akhyar selamba selepas mendekati Malik sekeluarga.

Dia memegang tangan Dayyan apabila melihat budak lelaki itu seperti mahu menjauh darinya. Bukan menjauh dari Akhyar tetapi dari Nayla yang masih berada di dalam dukungan Malik.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now