Bab 52

24.6K 1.5K 427
                                    

Nadra hanya mengikut langkah Malik dari belakang sambil memegang tangan kecil Nayla. Malik kata Akhyar nak kenalkan mereka dengan seseorang.

"Sayang duduk sini."kata Malik sambil menarik kerusi untuk Nadra. Dengan senyuman Nadra melabuhkan kerusi yang ditarik oleh Malik.

"Nayla duduk dengan daddy."kata Malik lagi selepas mengangkat tubuh kecil Nayla ke atas ribanya.

"Nayla sekarang dah umur berapa?"soal Nadra bagi mengisi kesunyian di antara mereka.

"Three!"yakin Nayla menyebut sambil menunjukkan lima jarinya di hadapan wajah Nadra.

"Yang ni lima, sayang. Ini tiga."Malik menurunkan ibu jari dan jari telunjuk Nayla menjadi bentuk ok.

"Ni baru tiga."kata Malik sambil mengusap rambut Nadra yang diikat tocang kiri dan kanan.

"Nayla want pretty like mommy."

Kata Nayla semasa Nadra menyiapkan bajunya.

"Dah lama sampai ke?"tanya Akhyar dengan nafas tercungap-cungap. Di dalam dukungan lelaki itu ada seorang budak lelaki sebaya Nayla.

"Baru saja. Duduklah."balas Malik sambil menunjukkan kerusi di hadapan mereka.

"Hai Nadra. Baru dapat jumpa."sapa Akhyar selepas menenangkan diri.

"Hai. Siapa suruh awak busy sangat. Saya dah keluar nak dekat sebulan baru dapat jumpa."kata Nadra sambil menggelengkan kepala. Busy kalah menteri.

"Anak siapa kau bawa ni? Kau jangan macam-macam Akhyar. Perempuan mana kau rogol ni?"soal Malik dengan wajah serius. Langsung tak bertapis.

"Oi! Sesuka hati saja nak fitnah orang. Tak ada masa aku nak pergi rogol anak dara orang. Dari aku rogol anak dara orang baik aku kahwin saja."balas Akhyar tak puas hati. Tajam dia menjeling Malik.

"Ni anak siapa?"soal Malik ingin tahu.

"Anak Dayah yang aku tolong jagakanlah. Aku ajak kau pergi tengok dulu kau tak nak."balas Akhyar geram.

"Besar dah dia. Sebaya Nayla kan?"sampuk Nadra teruja. Dia dah ada calon suami untuk Nayla.

"Haah cuma Dayyan awal lima bulan dari Nayla."

"Hencem."

Semua mata tertumpu kepada Nayla yang tiba-tiba bersuara. Malik memandang anak perempuannya dengan pandangan yang tak percaya manakala Nadra memandang ke arah Nayla dengan senyuman.

"Mommy, hencem!"Nayla menundingkan jari telunjuknya ke arah budak lelaki yang berada di sebelah Akhyar.

"Apa nama dia, Akhyar?"soal Nadra dengan senyuman.

"Dayyan Akhtar."

"Your future husband."bisik Nadra ditepi telinga Nayla.

Berkerut dahi Malik mendengar bisikkan dari Nadra. Bukan-bukan sajalah mommy boo Nayla ni.

"Jangan ajar Nayla bukan-bukan, Nadra."kata Malik selepas menjentik perlahan dahi Nadra.

"Mana ada saya ajar dia bukan-bukan. Saya cuma nak claim Dayyan awal sebagai bakal menantu. Orang kata biar awal janji selamat."balas Nadra selamba. Nadra menayangkan senyuman kepada Dayyan yang asyik memandang ke arah mereka.

"Banyaklah kau."Malik menggelengkan kepalanya perlahan. Dia pun turut memandang ke arah Dayyan. Tak aman hidup kau lepas ni dik! Kau akan terkenal satu bukit bintang!

"Nayla nak pergi mana?"soal Malik apabila Nayla mahu turun dari pangkuannya.

"Wait, daddy. Wait!"kata Nayla dengan bersusah payah dia mahu turun. Daddy dia tingga sangat berbanding Nayla yang cuma kaki pendek ni.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now