BAB 1

3.2K 84 0
                                    

PAGI yang cerah membangunkan seseorang yang diulit mimpi. Cahaya yang menembusi tingkap memaksa dirinya untuk bangun.

Mata melirik ke arah jam di dinding menunjukkan pukul 8.00 pagi menandakan hari sudah siang.

Nasiblah dia masuk lewat sikit ke office setelah semalaman menghadap laptop sehingga mata nya menjadi letih.

Tanpa berlengah lagi, kaki segera mengatur ke bilik air bagi membersihkan diri. Tuala yang tersangkut sempat dicapai olehnya.

"Morning ma, pa." Sapa nya setelah masuk ke ruangan meja makan. Dilihat Mak Nab yang datang membawa jug berisi air teh panas yang masih berasap.

"Morning too Aizat. Lambat bangun harini, masuk kerja pukul berapa?" Pertanyaan dari Tuan Ariff menghentikan tindakkan nya yang mahu menyuap roti ke dalam mulut.

"Aizat masuk pukul 10. Letih sikit semalam asyik hadap laptop ja." Tangan kembali menyuap roti ke dalam mulut. Air teh yang dituang oleh Mak Nab dicicip perlahan.

"Kamu ni Aizat, kerja kerja juga tapi kesihatan kena lah jaga. Mama tak mahu kamu sakit lagi kalau sakit sikit tak apa ini habis satu badan sakitnya." Bebel Puan Sellyn ke arah anak teruna nya.

"Ya ma." Hanya itu yang dia mampu balas kata kata mama nya. Risau pula dia makin membalas suasana semakin teruk.

Nak buat macam mana dah nama pun kerja jika tidak selesaikan secepat mungkin pasti nanti akan bertimbun lagi.

"Biasalah tu Ma nama pun kerja kang tak selesaikan makin banyak pula. Semakin serabut anak kita nanti." Tuan Ariff mula bersuara  dan Puan Sellyn melepaskan keluhan kecil.

"Saya bukan apa bang. Saya cuma risaukan kesihatan anak kita ni terjejas ja sudah la jarang makan. Nak jaga sixpack katanya." Berderai ketawa Tuan Ariff mendengar kata kata isterinya.

"Eish abang ni orang tengah geram boleh pula dia gelak!" Bahu Tuan Ariff mendapat tamparan dari Puan Sellyn. Aizat hanya tergeleng perlahan melihat orang tua nya.

"Aizat naik bilik dulu nak bersiap." Jejaka itu bingkas bangun dari duduknya dan memgayun kaki ke arah anak tangga

QUEEN SILENT KILLER [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora