BAB 44

818 32 0
                                    

"Sha" Gadis tu menoleh ke arah dua jejaka tu yang melangkah masuk. Wajah Rionz dan Neon seperti takut saja. Dah kenapa?.

"Dad minta maaf ya sebab seksa Sha." Rionz duduk di kerusi dan Neon hanya berdiri tepi boss nya.

"Tak apa. Lagipun Sha tahu, siapa ja tak marah kalau orang khianat kita kan?" Rionz pandang Neon dan Neon pandang Rionz. Sha tak marah pun. Kenapa Aizat bagitahu macam Sha marah.

"Sha tak marah Dad?" Sha mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Dad jaga Sha dengan baik masa dekat markas. How can i mad at you?" Terukir senyuman manis di bibir jejaka tu.

"Terima kasih adik sebab pujuk Tuan Cay untuk tak penjarakan kami." Sha menganguk kepalanya.

"You are like my brother, Neon." Jejaka tu turut tersenyum.

"Sha harap, peluang yang Sha bagi ni Dad dengan abang guna sebaik mungkin. Kalau dapat dekat Sha tak apa, jangan dapat dekat orang lain ja." Dahi mereka berdua bekerut hairan.

"Maksud adik?" Tanya Neon.

"Dad dengan abang rasa kalau dapat dekat pihak polis, diorang akan bagi peluang? Tak." Terangguk angguk kepala kedua jejaka tu tanda faham.

"Sini, nak tengok lengan." Dicapai tangan kiri Sha dan dilihat. Lengan tu dijahit semula. Tinggal tidak balut dengan bandage sahaja.

"Kenapa tak balut? Nak Dad balutkan?" Sha menganguk kepalanya pantas.

"Eleh manjaa." Kutuk Neon dan mendapat jelingan tajam dari mata biru tu.

Rionz membalut secara berhati hati agar tidak menyakiti Sha. Neon mendekati gadis tu lalu tunduk melihat luka tepi dahi Sha.

"Ni kena apa?" Soal nya.

"Tergelincir pastu jatuh terhantuk dekat sinki." Neon usap perlahan. Rionz yang selesai balut lengan Sha tu segera pandang wajah tersebut.

"Bonda Sha meninggal sebab apa?" Tanya Rionz ingin tahu. Selama ni Sha hanya cerita yang mak ayah nya meninggal disebabkan kemalangan.

"Sha minta maaf sebab tipu Dad dengan abang selama ni. Bonda meninggal sebab kena tembak. " Meredup tatapan Rionz.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now