BAB 27

958 37 0
                                    

"Yow bro! Lama tak jumpa kauu. Maaf lah aku sibuk sikit semenjak bermenjak menjak ni." Hakim berjabat tangan dengan Aizat dan duduk di kerusi berhadapan dengan sahabatnya.

Alang alang dia tak ada apa nak dibuat dekat syarikat itu yang datang kacau mamat ni.

"Budak si Arfan tu masih tak insaf lagi? Aku tengok status dia kemain perempuan lain pulak." Hakim melepaskan ketawa nya kuat.

"Macam lah kau tak tahu perangai kawan kau yang sorang tu. Dah banyak kali aku tegur tapi hampeh apa satu tak jalan." Tergeleng kepala Aizat mendengar kata kata Hakim. Perangai kaki perempuan Arfan tu yang mereka tidak berapa suka.

Sebagai lelaki perlu jaga hati dan perasaan perempuan. Cuba lah setia pada satu perempuan saja. Tak ada lah pening kepala.

"Jom lunch bro. Lama tak lepak sama sama." Ajak Hakim dan Aizat hanya ikutkan saja. Dia pun tak ada apa nak buat sekarang.

MEREKA berdua duduk di meja yang agak terpencil sedikit. Baru saja duduk dah disergah oleh seseorang. Mahu tercabut jantung.

"Kau ni Arfan. Tak pandai nak bagi salam ke?" Bengang Hakim dan jejaka tu tersengih. Kebetulan dia mahu ke cafe ternampak dua kawannya itu yang datang sergah.

"Assalamualaikum ya habibi." Dia bersalam dengan Hakim dan jejaka tu mengeratkan tangannya sehingga Arfan meringis sakit.

"Walaikumusalam" Hakim dan Arfan duduk di kerusi yang disediakan. Aizat? Dah lama dia duduk sambil tengok adegan dua kawannya.

"Sampai hati eh lepak dah tak ajak aku." Suara Arfan seakan berjauh hati dan itu yang buatkan Hakim rasa nak lempang.

"Kau yang keluar dengan perempuan tak ingat dunia. Nak salahkan kitorang pula?" Arfan tersengih dan mencantumkan tangannya memohon ampun.

Arfan pandang sekeliling, niat nak panggil pelanggan tapi mata terpandang yang lain pula.

"Fuyoo cantik perempuan tu." Walaupun muka tak ada senyuman tapi manis nyaa. Hakim rasa nak tepuk belakang tengkuk Arfan.

"Kau ni sudah sudah lah dengan miang kau tu." Tegur Aizat. Arfan masih tidak mengalihkan pandangan nya.

"Cantik dho. Cuba korang tengok." Hakim menoleh dan terkaku. Aizat yang melihat tu berkerut dahi dan turut toleh. Membulat mata dia.

Bini aku!

Isterinya bersama seorang lagi perempuan. Kemungkinan itu sahabat Sha yang dia jemput di airport tadi. Sebelum gadis tu pergi, sempat dia memberitahu Aizat yang dia mahu ke airport.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now