BAB 45

823 35 0
                                    

Sha melentokkan kepalanya di perut Aizat. Kepalanya pula diusap oleh jejaka itu.

"Bila sha boleh balik, abang?" Terkedu Aizat mendengar. Terkebil kebil mata nya dan menekup kedua pipi tu.

"Sayang panggil apa tadi?" Dia mahu dengar sekali lagi.

"Abang." Tersenyum jejaka tu dan memeluk tubuh Sha erat. Seronok nya Sha panggil dia abang.

"Gembira hati abang dengar sayang panggil macam tu. Rasa nak lompat keluar ja jantung ni." Sha tergelak kecil dan memeluk pinggang Aizat.

"Mungkin sehari dua sayang boleh discharge. Sabar yaa." Isterinya menganguk sahaja. Tadi ada lah Nabila, hakim dan Arfan datang melawat.

Kemain Arfan tu nak try tackle Nabila tapi dihalang oleh Hakim. Mood miang tu tak habis habis. Dekat hospital pun menjadi.

"Abang" panggil Sha.

"Ya why sweetheart?" Diusap rambut Sha perlahan. Gadis tu mendongak memandang nya.

"Maaf sebab selama ni Sha tak boleh terima abang sebagai suami. Sha dah berdosa sebab ber aku-kau dengan abang." Aizat ukir senyuman segaris.

"Sayang, abang faham perasaan sayang dan abang tak terasa hati pun. Abang tahu tindakkan abang tu kotor." Walaupun Sha ber aku-kau dengannya tapi dia langsung tidak pernah meninggikan suara. Jelas disitu Sha mempunyai rasa hormat terhadap nya sebagai seorang suami.

"Tak boleh ke Sha balik harini? So bored abang." Bibirnya terjuih ke depan. Aizat tergelak kecil. Dicubit pipi tu geram.

"Okey sayang boleh balik harini tapi, jangan join mana mana misi selagi sayang belum sembuh sepenuhnya. Understand sweetheart?" Tegas suara Aizat dan Sha menganguk kepalanya tanda patuh.

"Macam lah Sha tak tahu abang tak boleh lena kalau tak peluk Sha." Membulat mata Aizat. Macam mana Sha tahu ni? Aduhmak kantoi.

"Sha nampak abang tidur dekat sofa berguling sana berguling sini sebab tak boleh tidur." Terukir senyuman mengusik di bibir Sha.

"Mana ada sayang, tu sebab tak selesa tidur atas sofa ja ha." Dia cuba untuk menipu mana tahu lepas.  Sha mengecilkan mata nya dan Aizat mengeluh.

"Okey fine memang abang tak boleh tidur tak peluk sayang. Puas?" Sha tersenyum lebar. Kan senang jujur macam tu.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now