BAB 79

687 30 0
                                    

Sekarang baru dia faham kenapa Sha jadi bergini. Dia seharusnya sebagai suami menjadi pembimbing dan menerima segala kekurangan isterinya.

Aku tak sebaik yang kau nampak, Aizat.

Pernah dia mendengar kalimat itu. Tapi dia tidak kesah langsung dan sekarang baru dia faham apa yang Sha mahu sampaikan.

"Terima kasih Nabila." Gadis itu angguk kepalanya dan Aizat mengatur langkah untuk masuk ke dalam wad tersebut.

"Aku minta diri dulu. Kau jaga lah Sha." Aizat menganguk saja. Entah kenapa melihat keadaan isterinya buatkan dia terkelu lidah.

Nabila segera beredar dari situ. Memandangkan jam sudah lewat.

"Abang minta maaf sebab hilangkan diri macam tu ja. Sepatutnya abang kena terima baik buruk sayang dan bimbing sayang semula. Abang rasa macam abang gagal jadi seorang suami." Dibawa tangan tu ke pipi nya. Dapat dia lihat kesan calar balar di lengan si isteri.

"Bangun lah sayang, pandang abang dengan mata cantik sayang. Sentuh abang dengan sentuhan lembut mu sayang. Sejujurnya abang rindu." Mengalir mutiara jernih ke pipi nya.

Disebabkan marah menguasai diri dia meninggalkan isterinya berseorangan. Dia abaikan panggilan dan mesej dari seorang yang bergelar isteri.

"Abang janji abang akan tunggu dan jaga sayang sampai sayang sembuh. Itu janji abang. Abang akan bimbing sayang semula." Dibawa jari jemari itu ke mulutnya dan dicium penuh syahdu.

"Abang cintakan sayang." Lembut dan syahdu dia membisikkan kalimat tu di tepi telinga isterinya.

Mata kelabu Aizat terpandang akan air mata yang mengalir dari tepi mata Sha. Dia tahu Sha dengar semua apa yang dia katakan. Ibu jari mengesat air mata tu.

"Jangan menangis sayang, abang tahu abang salah sebab tinggalkan sayang. Abang minta maaf sebab abaikan panggilan sayang. Abang ego." Gengaman di tangan Sha dieratkan lagi.

"Now i am here, always here to support you sayang. Kuat demi abang, bidadari." Bibir nya dilabuhkan di atas dahi si isteri. Lama dia mencium bagi mengubat rindu.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now