BAB 87

691 26 1
                                    

Sha tersentak apabila ada tangan yang menghulur sapu tangan. Dia mendongak dan mengambil sapu tangan tersebut.

"Terima kasih." Rionz duduk di sebelah Sha dan menoleh melihat wajah yang comot dengan air mata itu.

"Setia tu mahal, hanya orang yang tertentu saja boleh lakukan nya. Kita kan, sebagai seorang manusia kita tak boleh letak kepercayaan dekat seseorang tu hundred percent even orang tu kita sayang." Rionz hanya pandang laut di depannya.

"the key in a relationship is trust. Hilang kepercayaan, hilanglah kebahagian." Rionz ambil sapu tangan tu lalu diseka air mata Sha yang mengalir lagi.

"Selain dari berlian, air mata juga berharga. Simpan air mata tu dan buktikan yang diri ni kuat. Abang tahu hati dan jiwa Sha lembut dan mudah tersentuh. Tapi jangan disebabkan hal tadi, Sha nak bersedih sepanjang hari." Gadis tu tertunduk memandang kedua tangannya. Pujukkan Rionz sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

"Apa yang Sha nampak tadi, it's hurt me." Keluhan kecil terlepas dari mulutnya.

"Abang faham. Mana mana perempuan yang duduk di tempat Sha pun akan rasa benda yang sama. Tapi abang tahu mesti Sha tak nak hubungan Sha dengan Aizat sampai takat ni saja kan?" Sha angguk kepalanya.

"Jadi, rendahkan ego. Bincang dengan dia dirumah. Jangan disebabkan orang ketiga, rumah tangga hancur. Selagi boleh pertahankan, Sha pertahankan. I know he choose you not her." Digosok kepala Sha. Gadis tu menganguk dengan senyuman nipis.

"Macam tu lah senyum. Tak mau sedih macam ni lagi. Hilang seri kecomelan tu." Sha tergelak kecil.

PULANG saja di rumah, Aizat sudah menunggu dia di ruang tamu. Nampak saja Sha pulang, terus dia bangun memeluk isterinya.

"Abang minta maaf, abang salah." Disembamkan muka nya di bahu Sha. Pelukkan semakin diketatkan.

"Abang tak nak lepaskan sayang walau apa pun jadi. You are my wife, my soul, my everything. I am sorry sayang." Sekali lagi dia memohon maaf.

"Sha terasa hati dengan abang." Pelukkan dileraikan dan kedua pipi nya dipegang oleh Aizat.

"Abang minta maaf. Abang tahu salah abang sebab dekat dengan dia. Abang khilaf." Mata kelabu itu berair. Dia mahu kemaafan dari seorang isteri.

"Ya Sha maafkan abang." Aizat kembali meraih tubuh tu. Dia tidak mahu kehilangan satu satu nya isteri yang dia sayangi.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now