BAB 80

743 28 0
                                    

"Assalamualaikum." Aizat melangkah masuk ke dalam wad itu lalu disalam tangan ayahda mertua, mama dan papa nya.

Dilihat raut wajah ayahda mertuanya sembab saja. Dia tahu bahawa ayahda sedih melihat satu satu nya anak perempuan yang terlantar di atas katil dengan tidak sedarkan diri.

"Ayahda sihat? Aizat minta maaf sebab Aizat, Sha jadi macam ni." Tubuh Ayahda mertuanya didakap erat. Sungguh dia rasa bersalah dengan apa dia buat. Keputusan melarikan diri bukan lah satu keputusan yang bijak.

"Ayahda tak marahkan Aizat. Mungkin dah tertulis yang benda ni akan terjadi. Ayahda tahu Sha seorang yang kuat." Diusap belakang menantu nya. Sebagai seorang ayah, dia juga rasa sedih melihat puteri nya bergitu. Dia yang jaga, dia yang menatang bagaikan minyak yang penuh. Dia yang selalu ada ketika Sha dalam keadaan apa apa pun.

"Aizat mohon maaf sekali lagi." Katanya sebelum meleraikan pelukkan. Tubir mata nya terasa panas lalu diatur langkah mendekati si isteri.

"Assalamualaikum wahai bidadari abang." Diusap kepala isterinya dan dihadiahkan sebuah kucupan di dahi.

"Abang tahu Sha seorang yang kuat. Bangun ya? Abang rindu sangat dekat sayang." Meredup tatapan nya menatap wajah itu.

"Aizat, kamu dah makan?" Tanya Puan Sellyn dan jejaka tu menoleh sebelum mengeleng tanda tidak.

"Aizat tak ada selera ma bila teringatkan keadaan isteri Aizat." Lirih suara nya dan memandang wajah yang selalu buatkan dia gila bayang.

Kasih sayang nya tidak pernah luntur malah makin bertambah dengan ada nya Sha disisi. Tidak menatap sehari saja sudah buatkan dia rindu.

"Aizat pergi lah makan dulu. Jangan risau kami ada untuk jaga Sha." Aizat toleh ke arah Ayahda mertuanya pula. Akhirnya dia mengalah dan menganguk.

"Aizat turun pergi cafe dulu." Mereka hanya menganguk dan jejaka tu mencium tepi dahi Sha terlebih dahulu sebelum mengatur langkah keluar dari wad.

DALAM dia termenung, dia dikejutkan dengan suara Hakim dan Arfan. Segera dia menoleh ke arah sahabatnya.

"Kitorang pergi wad Sha tadi mama dan papa kau bagitahu kau dekat cafe itu yang terus datang sini." Jelas Arfan bila melihat raut wajah Aizat seakan hairan bila mereka tahu dia disitu.

"Ouh" hanya itu balasan ringkas dari dia. Dia tidak ada mood untuk bercakap banyak. Fikirannya hanya fikirkan Sha.

"Aku tak nak lah tengok kau macam ni Aizat. Kau kalau nak Sha sembuh, kau kena kuat juga." Hakim menepuk bahu Aizat dan diusap.

"Sha dah macam separuh daripada semangat aku. Aku tak nak hilang dia." Dijawab nada suara nya dari bergetar. Dia belum sanggup untuk kehilangan seorang yang bergelar isteri.

"Kita doa yang baik baik ja. In shaa Allah dengan kuasa Allah tiada yang mustahil. Ingat, doa mampu mengubah segala nya." Giliran Arfan pula memberi semangat. Sebagai seorang sahabat, mereka faham apa yang Aizat rasa.

"Sekarang dah nak masuk waktu zohor. Jom kita pergi solat dulu mana tahu doa kita termakbul dan Sha sedar semula." Hakim ukir senyuman manis nya dan Aizat menganguk. Sedikit sebanyak semangat nya datang semula dengan ada nya mereka berdua.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now