BAB 70

731 26 0
                                    

"sayang." Aizat mendekati isterinya dan dipeluk erat tubuh itu. Sha mengusap belakang suami nya. Tadi ni dia ada pertukaran CEO apabila ayahda nya sudah tidak mahu lagi akibat usia nya yang semakin tua.

Terpaksa lah dia bagitahu ayahda suruh handle kejap memandangkan dia perlu ke sini.

"Abang okey?" Aizat angguk kepalanya. Tidak dia sangka Tini akan bertindak seperti itu walaupun tahu dia mempunyai isteri. Tiada siapa boleh mengantikan tempat Sha di hati nya.

"Abang minta maaf kalau menyusahkan sayang untuk datang sini." Sha mengeleng kepalanya tanda tidak mengapa. Sampai depan bilik Aizat tadi kemain terkejut dia apabila melihat pakaian Tini yang berbeza dia tengok semalam. Baru datang dah buat hal.

"Tak ada apa lah abang. Sha kena pergi dulu. Ada hal." Disalam tangan suami nya dan dipeluk mengusap belakang jejaka itu.

"Hati hati drive jangan bawa laju laju tau." Dicuit hidung mancung Sha dan gadis tu menabik.

"Baik tuan." Aizat tergelak kecil melihat isterinya dan dilambai tangan setelah Sha mahu keluar dari office nya.

"Saya tengok boss dengan isteri dan orang lain berbeza. Jadi terbukti lah yang boss sayang dekat Puan Sha." Zafrul tersenyum mengusik dan Aizat menoleh memandang dia.

"Because she is special to me." Sha terlalu istimewa untuknya kerana itu layanan dia pada si isteri amat berbeza dengan orang lain. 

"Patut lah dengan Puan Sha ja boss senyum dengan orang lain muka ketat. Kalau keluar pergi mana mana boss muka kosong ja Puan Sha tak hairan?" Soal nya ingin tahu.

"Saya tak tahu mungkin awal awal dia hairan cuma tak tanya ja. Dia pun sama ja dengan saya kalau dekat luar." Zafrul menganguk faham dengan senyuman masih di bibir. Suka tengok Boss nya senyum tadi. Susah dia nak tengok boss nya senyum sepanjang dia bekerja menjadi PA.

"Ini memang betul jodoh cerminan diri sendiri." Bibir Aizat tersungging sedikit dan kembali fokus kerja nya manakala Zafrul meminta diri untuk keluar.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now