BAB 55

800 33 0
                                    

"Sayang, bangun." Ditepuk tepuk pipi tu namun Sha merengek dan menyembam muka nya di bantal.

"Kenapa tak nak bangun ni." Dicium pipi tu dan diusap perlahan.

"Tak laratt hm." Aizat menyentuh dahi dan leher isterinya panas sahaja. Demam lah ni.  Ditepuk tepuk bahu itu seakan mendodoikan.

Niat mahu pergi kerja terpaksa dibatalkan sebab nak jaga isteri. Kasihan pula nak tinggalkan Sha seorang diri.

"Sayang kena mandi, solat subuh dulu lepastu baru boleh rehat. Come." Ditarik tubuh tu agar bangun.

USAI solat subuh, Sha merebahkan badan nya di atas katil semula. Aizat turun ke dapur untuk buat bubur. Tak sia sia dapat suami macam ni.

Aizat mencari cool fever lalu diletakkan tepi mangkuk. Dulang tu segera dibawa dengan berhati hati untuk naik ke bilik mereka berdua.

"Sayang, ni abang dah sediakan semua. Sini bangun makan dulu pastu makan ubat." Sha mencelikkan matanya dan bangun perlahan lahan. Aizat segera menolong dan menegakkan bantal sebelum diletakkan belakang Sha.

"Meh abang suap dia." Ditiup perlahan bubur yang masih berasap itu.

"Bismillah." Disuap ke dalam mulut tu. Sha hanya diam menerima sahaja.

"Sedap? Nak abang suap atau makan sendiri?" Mana lah tahu Sha tak suka orang suap makan. Itu yang dia tanya.

"Nak abang suapkan." Tersenyum jejaka tu. Memang itulah jawapan yang dia nak dengar.

HABIS sahaja bubur dalam mangkuk itu, diletakkan ubat di atas tapak tangan Sha. Gadis tu pandang dirinya.

"Makan sayang, tak makan macam mana nak sembuh hm?" Sha menelan ubat tu dan diteguk rakus air kosong.

Cool fever di ambil oleh Aizat lalu dilekatkan di dahi Sha. Sempat wajah itu diusap olehnya.

"Sayang kena banyak kan berehat. Ingat eh jangan join misi dalam keadaan macam ni faham?" Sha menganguk kepalanya tanda faham.

"Terima kasih sebab jaga Sha." Aizat ukir senyuman dan dicium ubun ubun itu. Sudah menjadi tugas seorang suami untuk menjaga bidadari syurga nya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now