BAB 28

887 39 1
                                    

"Cantik yang pakai baju dark brown tu." Kata Hakim sambil mata memandang ke arah sahabat Sha.

"Yang baju biru tu, rasa macam nak tackle lah." Mencacak darah Aizat naik. Wah wah kau Arfan. Tak sempat kau nak tackle, aku dah hantar kau underground.

"Isteri aku." Terus berpaling kedua wajah tu ke arah nya. Jelas kerutan di dahi.

"Isteri? Sejak bila kau kahwin? Takkan dua kot? Aii kau jangan nak tipu kitorang Aizat." Arfan tidak percaya. Rasanya kawan dia ni bergurau.

Aizat mengambil dompet duit nya di belakang lalu kad biru ditunjuk. Ternganga kedua lelaki tu.

"S..sejak bila?"Tergagap Hakim.  Aizat ukir senyuman sinisnya dan menyimpan semula.

"Aku story dekat office." Setelah air nya sampai, dia mengambil dan segera atur langkah keluar. Cepat cepat Hakim dan Arfan ikut langkah jejaka tu.

"DAH selesai kerja kau dekat sana?" Tanya Sha dan menghirup air laici bagi membasah tekak.

"Dah, pasal Yakuza dah settle?" Nabila bertanya semula dan Sha melepaskan nafas perlahan.

"Itu yang buat aku risau." Dahi Nabila berkerut mendengar. Risau?

"Masa Yakuza nak kena tangkap, aku perhati semua yang naik ke atas truck polis. Yang membimbangkan, satu wajah aku tak nampak." Terhenti hirupan Nabila dan ditolak gelas ke tepi.

"Maksud kau? Ada yang terlepas?" Sha menjatuhkan kepalanya tanda ya. Nabila mengetap bibir.

"Kau kenal? Siapa?" Berdegup kencang jantung Nabila bila Sha kata ada yang terlepas. Dia berani jamin pasti mereka akan balas dendam.

"Neon." Membulat mata Nabila. Dia juga kenal dengan jejaka tu. Sha selalu memberi info pada nya dan langsung tidak sembunyikan apa apa.

"Orang kuat Rionz?" Sha mengangguk lagi. Susah dia mahu bertenang apabila dia tidak nampak wajah tu di markas Yakuza.

Nampak nya lelaki tu sudah larikan diri dan dia pasti, akan ada anak buah Yakuza yang bakal datang untuk membalas dendam. Jadi dia perlu bersiap sedia terhadap ancaman yang bakal datang.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now