BAB 105

1.5K 32 4
                                    

"Aizat, Sha dilarikan ke hospital. Dah nak bersalin ni." Menegak badan Aizat apabila mendengar khabar dari mama nya.

"Kejap kejap, Aizat on the way!" Gelabah dia mengemas bag kerja dan berlari keluar dari office.

"Bini aku dah nak bersalin! Cau dulu!" Ternganga staff nya melihat boss mereka yang seperti parasit. Besar langkahnya lari ke arah lif.

"Tunggu abang sayang." Dicampak bag kerja nya di seat belakang dan enjin kereta audi segera dihidupkan sebelum keluar dari kotak parking.

"ADIK aku selamat kan?" Sudah berkali kali Zayn bertanya soalan yang sama pada Ceren sehingga jejaka tu mengeluh perlahan.

"Yaa in shaa Allah dia selamat." Walaupun dia bukan islam tapi dia sering menyebut kalimat kalimat Allah.

"Aku risau lah." Zayn meraup wajahnya kasar. Yang lain juga turut rasa perasaan yang sama selagi tidak melihat pintu bilik bedah tu terbuka.

Derapan kaki yang berlari menarik perhatian mereka untuk menoleh. Ternaik kening anak buah Aizat melihat boss mereka yang berlari sambil melonggarkan tali leher.

"Assalamualaikum. Bi..bini Aizat dekat dalam?" Mereka menganguk dan terus kaki panjang tu membuka langkah masuk ke dalam.

"Bapak laju siak." Ujar Farhat. Tidak Berkelip mata mereka melihat boss mereka yang satu itu. Sekali buka langkah saja sudah hilang.

"SAYANG, abang datang ni. Sayang abang kan kuat." Digengam jari jemari tu lalu dicium tepi dahi nya.

"Sakit abang." Berkerut wajah Sha menahan sakit.

"Ya abang tahu tapi sayang kena kuat. Abang ada teman sayang dekat sini." Aizat tidak putus putus memberi semangat pada isterinya.

DUA jam telah berlalu. Ada yang sudah terlelap di kerusi menunggu. Ada yang masih gelisah apabila tidak mendengar tangisan bayi.

Tangisan bayi mula kedengaran sehingga di ruangan menunggu. Zayn mengucap syukur.

"Alhamdulillah, ayahda adik dah selamat bersalin." Ayahda mencelikkan matanya dan mengucap syukur. Dia segera menegakkan badan nya.

"Terima kasih sayang sebab lahirkan anak kita." Gugur air mata Aizat dan mencium dahi isterinya lama.

Sha hanya diam kerana lelah. Tapi di dalam hati nya mengucap syukur pada Allah kerana telah melahirkan anak lelaki nya.

AIZAT mengalunkan azan pada anak nya. Terukir senyuman manis di bibir jejaka tu dan diusap perlahan pipi tersebut .

"Tahniah Boss, puan Sha dapat bayi lelaki." Ucap Eren bagi wakil mereka semua. Aizat menganguk tanda terima kasih.

"Abang harap, dengan hadir nya Aizayn menyerikan rumah tangga kita. Ayahda, terima kasih sebab serahkan Sha kepada Aizat untuk menjaga nya. Jujur, Sha seorang isteri yang baik dan taat pada suami. " Ayahda tersenyum mendengar dan menganguk.

"Dari awal ayahda dapat agak yang Aizat boleh jaga anak Ayahda." Aizat masih tersenyum manis. Anak buahnya yang melihat boss mereka senyum turut ukir senyuman.

"Kalau arwah bonda sayang ada, abang nak sangat ucap terima kasih dekat dia sebab lahirkan wanita yang kuat macam sayang." Dahi tu dicium terlebih dahulu sebelum menyerahkan Aizayn pada si isteri.

"Sepatutnya Sha yang patut berterima kasih dekat mama dan papa sebab lahirkan seorang anak lelaki seperti Aizat yang baik dan sabar melayan kerenah Sha."

"Mama doakan rumah tangga kamu berdua kekal sehingga ke jannah. Sekiranya ada salah faham, berbincang la dengan baik." Tutur mama Sellyn dengan nada lembut.

"Baik ma. Sayang" Aizat menoleh memandang wajah isterinya.

"Abang cinta dan sayangkan awak, Tunku Raja Queensha Clara." Mata kelabu tu menatap penuh sayang.

"Saya pun cinta dan sayangkan awak Aizat Shah Rafiq."

TAMAT.

"Wakafa billahi syahida, Ana uhibbuka fillah"
maksudnya:cukup Allah yang menjadi saksi , aku mencintaimu kerana allah "

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now