BAB 30

946 37 0
                                    

"Sayang, abang nak cakap sikit boleh?" Sha menoleh ke arah Aizat yang melangkah masuk ke dalam bilik. Kepala dianggukan.

"Hujung bulan ni kita buat majlis resepsi nak? Abang nak umumkan yang sayang isteri abang." Sha terdiam mendengar itu namun mata nya lurus ke arah jejaka dihadapan nya ini.

"Aku rasa tak boleh." Dahi Aizat berkerut hairan. Dah kenapa pula tak boleh ni? Takkan lah Sha nak private sampai bila bila.

"Kenapa tak boleh pulak sayang?" Soalan nya tidak dijawab oleh gadis tu. Dia hanya diam saja.

"Sayang, jawab abang. Kenapa tak boleh?" Dia tidak suka jika pertanyaan nya tidak dijawab. Boleh berangin satu badan.

"Aku ada sebab kenapa tak boleh." Aizat hela nafas perlahan.

"Ya abang tahu tapi abang nak tahu sebab kenapa tak boleh? Susah sangat ke nak bagitahu abang?" Aizat mula naik bengang. Merah menyala wajahnya. Sha tarik nafas dalam.

"Okey look, kes Yakuza not hundred percent selesai." Aizat menarik Sha duduk di katil dan dahi jejaka tu berkerut halus.

"Maksud sayang?" Dia fikirkan semuanya sudah selesai tapi nyatanya ada sesuatu yang isterinya simpan.

"Salah satu anak buah Yakuza terlepas dan kemungkinan dia akan datang untuk balas dendam. Sebab tu aku tak nak dedahkan lagi perkahwinan kita." Mata biru tu tajam ke arah si suami.

"Sayang, abang tak nak sayang bahaya kan nyawa lagi. Abang tak nak kehilangan sayang. Tolonglah." Redup mata Aizat ke arah isterinya agar Sha tahu betapa sayang nya dia terhadap gadis ini.

"Aku tahu tapi selagi kes ni tak selesai sepenuhnya, kita tak akan boleh hidup dengan tenang. Aku tak nak kau terlibat sama Aizat." Lelaki tu mengeleng kepalanya.

"No, abang sebagai suami kena jaga sayang. Kena protect sayang waktu sayang dalam bahaya. " Aizat berdegil. Dia tetap mahu ada bersama isteri nya walaupun resiko amat tinggi.

"Aku cakap tak boleh, it's mean no." Tegas suara Sha.

"Abang tak peduli!" Balas Aizat yang turut sama nada suara nya.

"Aku tak nak apa yang dah jadi dekat bonda itu terjadi dekat kau Aizat! Aku tak sanggup nak hilang seseorang lagi. Aku tak sanggup nak tengok seseorang yang penting dalam hidup aku kena tembak depan aku." Suara Sha mula mengendur. Aizat segera meraih tubuh tu ke dalam dakapan.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now