BAB 33

899 38 0
                                    

Nabila menyiku lengan Sha dan menjuih bibir ke arah satu meja dimana ada 5 orang lelaki datang ke meja itu.

"Asal tu?" Sha angkat bahu tidak tahu dan dia drastik bangun apabila kelima jejaka tu mula mengeluarkan senjata.

"Bayar hutang aku lah kalau kau tak nak mati dekat sini!" Sha segera meluru ke lelaki tu dan ditangkap tangan tu yang mahu mengangkat parang.

"Ni tempat awam. Tak pandai nak hormat ke huh?" Tangan Sha yang mengengam tu direntap kasar.

"Kau perempuan tak payah masuk campur!" Sha menendang laki tu dan akhirnya terjadi pengaduhan dia dengan lima laki tersebut.

"Blah!" Jerkah Sha dan kelima laki tu melarikan diri. Nabila segera mendekati sahabatnya. Dia tadi nak join tapi tengok Sha berlawan buatkan dia tak ada point nak masuk.

"Sha tangan kau berdarah ni." Sha melihat lengannya yang terhiris pisau akibat berlawan tadi.

"Terima kasih tolong saya." Sha menganguk kepalanya dan ditarik lengan jaket ke atas.

"Jom Sha kita balik." Dibawa sahabatnya keluar dari cafe tu. Dalam perjalanan hendak sampai tempat parking, mereka berdua bertembung dengan Neon dan 6 anak buah Yakuza.

"Not this time Neon." Macam mana dia nak berlawan kalau tangan kiri dah kena hiris.

"Lepas apa kau dah buat, kau nak larikan diri. Heh" Neon mengukir senyuman sinisnya.

"Aku tak minta banyak cuma not this time. Aku tak boleh nak lawan kalau tangan macam ni." Tolonglah Neon faham. Susah dia nak lawan, habis kuat pun dia larikan diri.

"We need to go now Sha kalau tak luka kau makin luas terbuka."Sha menganguk kepalanya dan dipandang wajah Neon. Jejaka tu membuat isyarat agar pergi.

Sha dan Nabila segera ke kereta. Tangan kanan Sha erat memegang tangan kiri nya.

NEON melangkah masuk ke dalam markas Yakuza dan terpandang Rionz yang berdiri berpeluk tubuh. Kepala digeleng kan.

"Mana dia!" Bergema suara Rionz.

"Aku tak boleh. Dia tercedera." Dahi Rionz berkerut hairan dan menanti penjelasan Neon.

"Tangan dia terhiris pisau. Luka pun boleh tahan luas. Jadi aku tak rasa masa yang tepat untuk cari pasal." Rionz lepas dengusan kasar. Dia mahukan perempuan tu!.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now