BAB 21

1K 37 0
                                    

"Malam ni kita nak buat apa Dad?" Mata biru tu memandang tepat ke arah Rionz yang sedang memasukkan peluru dalam pistol nya.

Ktak.

"Kita akan culik budak budak yang berkeliaran setiap malam dan kalau ada yang menganggu kerja kita.." pistol tu dihalakan kepada Sha.

"Bang" Terkejut Sha dan Rionz tersenyum sinis. Dia ingatkan Rionz betul nak tembak dia tadi.

"Dad tak kasihan ke dekat mak ayah diorang?" Soal Sha dan mata tu menikam tajam ke arah Sha.

"I don't have family, why i need to sympathy?" Sha tidak tahu mahu cakap apa tapi dia perlu hentikan tindakan Rionz.

"No, you can't." Pudar senyuman Rionz dan menghentak tangannya di meja tu dengan kuat.

"Why huh?! Give me a reason why I can't do that? Ni kerja kita Sha! Organ diorang buat kita kaya!" Sha mengepal penumbuk nya erat.

"You are selfish! Dengan sikap kau yang tamak dengan kekayaan, kau tak fikir kesengsaraan orang lain!" Bengang Rionz bila Sha mula meninggi suara dan tak hormat dirinya.

Rionz mencapai pistolnya dan ditembak ke arah Sha namun sempat di elak. Pergerakkan Rionz mudah dibaca.

"Berani kau nak tentang daddy kau!" Turun naik nafas Rionz dan mendekati ke arah Sha yang langsung tidak gentar.

"Dad dah melampau."

"Kau yang melampau Queensha Clara!" Tengking Rionz dan menumbuk wajah gadis tu sehingga dia terteleng.

"Kau cabar daddy kau! Kau naikkan darah aku!" Sha pandang ke arah Rionz yang mula naik hantu.

"Sha bukan nak berkurang ajar tapi Dad langsung tak fikir pasal perasaan orang lain!" Rionz mengepal penumbuk nya erat.

"Mak aku kena bunuh depan mata aku! Ada diorang fikir perasaan aku? Tak ada Sha!" Turun naik nafas jejaka tu.

"Aku hidup dengan dunia yang gelap! Aku tak akan fikir perasaan orang lagi!" Merah menyala wajah Rionz.

"Dad tolong berhenti. Sha tak nak Dad pergi lebih jauh. Sha tahu selepas Dad gantikan tempat ayah Dad, Dad tak pernah bunuh orang lagi." Rionz terdiam dengan nafas yang memburu.

Ini baru kali pertama Rionz mahu menculik budak budak dan mahu mengambil organ mereka. Selama ni hanya Neon saja yang buat dan Rionz langsung tak masuk campur.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now