BAB 51

804 31 0
                                    

"Sabar Aizat, kita serah dekat Tuan Cay ja untuk kes ni." Fiona pandang mama papa nya ingin merayu.

"Kami pun serah dekat Tuan Cay. Kami pun tak tahu nak buat macam mana dengan anak perempuan kami ni. Perangai tak ubah ubah! Keluar masuk kelab balik mabuk apa nak jadi?!" Meninggi suara papa Fuad dan gadis tu menunduk.

"Sayang jom naik bilik rawat tangan dulu." Sha pandang ayahda nya dan lelaki tu menganguk.

"Ayahda handle. Kamu naik rehat dekat atas." Aizat membawa isterinya ke tingkat dua dimana bilik nya berada.

AIZAT melabuhkan pungung di hadapan Sha dan dibuka ikatan sapu tangan tersebut.

"Fiona tu memang suka buat orang naik darah. Dari dulu kejar abang tapi abang tolak. Banyak kali sayang tercedera dan abang tak sempat tolong, maaf sangat sangat." Sha ukir senyuman manis dan diusap rambut soft Aizat.

"Tak apa lah abang, Sha dah biasa dengan benda benda macam ni. Abang jangan rasa serba salah ya?" Aizat mencium kedua pipi isterinya sebelum membalut tangan tu dengan bandage.

"Sini sayang kita tidur dulu. Mesti sayang letih kan?" Dibaringkan tubuh kecil Sha dan dia turut baring sebelah isteri nya.

Dipeluk erat tubuh itu seakan tidak mahu Sha kemana mana. Tangan kanan nya mengusap belakang kepala Sha.

"Tidurlah sayang." Ditepuk tepuk bahu tu dan perlahan lahan mata Sha memberat. Aizat terdengar dengkuran halus dan dicelikkan memandang wajah putih bersih isteri.

"Walaupun sayang dah biasa dengan semua ni, abang tetap tak boleh tepis perasaan risau dan serba salah dalam diri." Diusap sayang pipi gebu Sha. Comel wajah tu sedang lena.

Aizat turut terlelap dengan posisi memeluk isterinya. Semakin lama semakin bertambah kasih sayang nya terhadap seorang yang bergelar isteri.

Jika ditanya kenapa dia boleh mencintai Sha? Dia tidak ada jawapan untuk itu kerana mencintai tidak perlukan sebarang sebab.

QUEEN SILENT KILLER [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora