BAB 89

679 28 0
                                    

"Sayang! Jom buat anak." Aizat datang memeluk kaki Sha yang duduk di sofa. Sha menunduk menjentik dahi tu.

"Aduh abang salah apa?" Digosok dahinya. Sha menjulingkan mata nya malas. Kalau ya pun agak agak lah main ajak gitu ja.

"Memang gelojoh eh?" Aizat menjuihkan bibir nya.

"Abang tengok sayang lama lama gheyamm" dia mengigit bibir bawahnya dan Sha sudah cuak. Miang suami dia mai dah!.

"Jom yang. Malam ni khamis malam jumaat." Aizat bangun dan terus mencempung tubuh isterinya.

"Taknak! Turunkan Sha lah abang!" Jejaka tu melepaskan ketawa nya dan menyambung langkah dengan gembira.

"Abangggg!" Ditepuk dada tu. Aizat mengaduh seketika sebelum dia beriak selamba.

"Tonight, you are mine." Dia mula mengunakan suara macho nya. Sha menjulingkan mata nya menyampah.

"Sha taknak lah abang. Belum ready lagi." Aizat menolak pintu dengan badannya. Dia menunduk memandang wajah si isteri.

"Kenapa? Takut eh? Takda lah abang nak ajak sayang tidur. Abang nak bawa sayang pergi luar negara dulu baru fikir pasal anak." Aizat merebahkan badan nya disebelah si isteri. Dia menongkat kepala.

"Macam abang nak enjoy dengan isteri abang pula. Selama ni pergi oversea sorang sorang bosan." Dia bermain dengan hidung mancung Sha.

"Kalau nak pergi kena bagitahu awal senang nak kosongkan jadual." Aizat angguk kepalanya .

"Abang minta maaf ya sebab ambil sayang dulu dengan cara kotor." Sha ukir senyuman manis nya dan menganguk.

"Tak apa Sha dah maafkan dah. Lagipun sekarang Sha bahagia dengan abang." Sejuk hati Aizat mendengar yang Sha bahagia dengannya. Dicium ubun ubun tu lalu turun kedua pipi chubby Sha.

"Jom tidur, besok kerja pula." Aizat menutup lampu disebelahnya lalu merebahkan badan. Ditarik pinggang Sha agar dekat.

"Goodnight love you bucuk." Dieratkan pelukkan nya.

"Goodnight and love you too abang." Balas Sha dan terlelap dalam dakapan suami nya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now