BAB 2

1.5K 62 0
                                    

BADAN disandarkan di kerusi kerja bagi melepaskan lelah. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.

Menjadi CEO tidak lah mudah seperti orang fikirkan. Segala hal harus diteliti dengan baik agar syarikat nya kekal maju.

Walaupun sudah empat tahun menguruskan hal syarikat tapi tetap memenatkan fizikal dan mental.

Setelah umurnya berginjak 20 tahun, papa memberi amanah pada nya untuk menguruskan A'company . Kepercayaan sudah diletak seratus peratus terhadap dirinya mana mungkin dia perlu kecewakan seseorang yang bergelar ayah.

"Yow bro, nampak kusut muka." Mata yang kian tadi terpejam kini dibuka semula akibat suara sahabatnya yang datang entah dari lubuk mana.

"Oh kau Hakim. Ada apa?" Kepala digeleng kan sekali lagi bagi menghilangkan mengantuk.

"Aku datang ni nak ajak kau lunch tengah hari. Jom." Aizat melihat jam ditangan sudah berginjak pukul 1 tengah hari.

"Jom la boleh aku solat zohor sama sekejap lagi." Kedua jejaka itu menyusun langkah keluar dari bilik office Aizat.

"Arfan tak join?" Hakim mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Kau faham faham jelah kalau dia tak ikut tu." Terangguk angguk kepala Aizat bahawa Faham apa yang dimaksudkan oleh Hakin sebentar tadi.

"Entah bila budak tu nak insaf. Sana sini dia keluar dengan perempuan." Hakim meluahkan rasa geram yang tersimpan. Aizat hanya melihat sahabatnya yang geram semacam sahaja.

"Selagi tak kena dekat batang hidung sendiri selagi tu tak insaf." Pantas sahaja Hakim mengangukkan kepalanya tanda sokong kata kata Aizat.

"Kemain laju kau angguk eh" Hakim tersengih dan air lemon tea depannya dihirup perlahan.

"Kau bila?" Ternaik kening Aizat. Dah apahal pula tanya bila. Hakim yang melihat raut wajah bingung Aizat mengeluh perlahan.

"Bila nak buka hati kau tu?" Soalan yang paling dia tidak suka ketika ditanya.

"Sampai masa yang tepat." Sudah banyak kali dia beri jawapan yang sama tapi tetap saja ditanya lagi sehinggakan dia muak.

"Jangan disebabkan kisah lama kau nak keraskan hati kau sampai bila bila." Hakim tergeleng perlahan.

QUEEN SILENT KILLER [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora