BAB 100

766 23 0
                                    

Aizat mendekati isterinya dan pinggang tu dirangkul erat. Dagu dilabuhkan di atas bahu Sha.

"Sayang bahagia dengan abang?" Sha mengetuk dagu nya seakan berfikir.

"Tak, rasa macam nak cari suami baru lah." Menegak badan Aizat dan dipusingkan tubuh Sha agar menghadap nya. Tajam renungan diberi.

"How dare you Sha. Berani sayang nak cari laki lain? Silap silap sayang kahwin dengan mayat jantan tu!" Meremang bulu roma Sha bila suara Aizat serius saja seakan dia tidak suka.

"Aloo abang ni gurau sikit pun tak boleh." Dipeluk tubuh tegap tu. Aizat usap belakang rambut isterinya.

"Banyak benda lagi boleh buat gurau. Nak cari suami lain jugak kau nak jadikan gurauan ya sayang." Sha tergelak di dada bidang Aizat. Tahu sangat suami nya cemburu.

"Abang, Ti amo solo e non ti sostituirò con nessuno. (Saya hanya cintakan awak seorang dan tak akan gantikan dengan sesiapa pun.) " Aizat tersenyum dan digosok kepala isterinya.

"Anche io ti amo, piccola (saya cintakan awak juga, babygirl) "dikucup ubun ubun Sha dan diraih ke dalam pelukkan.

"Jom, diorang dah tunggu dekat bawah untuk makan malam." Ajak Aizat dan dihulurkan tapak tangan nya agar Sha sambut.

"Jom!" Jejaka tu hanya tersenyum melihat kecerian isteri nya.

SUASANA dimeja makan tu meriah dengan gelak ketawa masing masing. Aizat mengesat kuah yang terlekat di tepi bibir isterinya.

"Dia mai dengan lap tepi mulut sobat!" Hakim sudah pasang niat mahu mengusik. Aizat pandang sahabatnya tajam manakala Sha menunduk malu.

"Biasalah orang single memang selalu dengki." Jawab Aizat selamba dan mengundang ketawa dari semua orang.

"Main kasar mamat ni." Hakim mencucuk ayam tu dan disumbat ke dalam mulutnya dengan geram.

"Abang tuang air." Pinta Sha dan Aizat menuang air ke dalam gelas isterinya.

"Terima kasih."

"Minum baik baik." Sha angguk dan meneguk perlahan.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now