BAB 9

1.1K 43 0
                                    

"Kenapa?" Tanya Neon setelah berdiri dihadapan boss serta gadis itu.

"Harini kau training dengan Sha." Rionz menoleh melihat Sha yang memandang ke arah Neon. Takut?.

"Okey sure." Neon pandang ke arah Sha dan terukir senyuman sinis di jejaka itu. Sudah lama dia mahu berlawan dengan anak angkat boss nya.

"Let's go baby." Diatur langkah ke bilik training dan Sha segera bangun.

"Goodluck honey jangan sampai berdarah teruk." Rionz mengucup tepi dahi tu sebelum berlalu pergi.

Di dalam bilik training tu mereka memandang antara satu sama lain. Sha menarik nafasnya dia harap dia akan hidup lagi. Walaupun sudah ramai dia kalahkan tapi dengan Neon entah kenapa dia rasa macam akan tewas. Badan lelaki tu cukup sasa dengan urat urat yang menimbul.

Neon membuka langkah mendekati ke arah Sha terlebih dahulu. Mata biru itu tajam memandang pergerakkan lelaki berbadan sasa tersebut.

Sha memusingkan badannya dan menendang Neon dan itu hanya memberi kesan sedikit saja pada laki tu. Neon hanya terundur beberapa tapak saja.

"Hebat tapi belum cukup hebat." Neon kembali menyerang. Tenaga yang ada pada laki tu lebih dari Sha sekarang. Nafas sudah tercungap cungap. Stamina apa yang Neon pakai ni?!.

Ditangkap kaki Sha yang mahu menendang dan dilempar ke arah dinding sehingga gadis tu menjerit kecil akibat belakang nya sakit.

Dia jatuh memegang lantai dan memandang samar samar ke arah Neon yang berlari ke arahnya disertai wajah yang seperti menyimpan dendam.

"C..cukup abang." Penglihatan nya kabur dan gelap. Terkejut Neon melihat dan dia segera pangku Sha ke riba.

"Sha bangun sha." Ditepuk tepuk pipi tu dan dibuka mask di wajah tersebut.

"Sha, abang Neon minta maaf." Dia hilang control dan tidak sengaja melempar gadis tu ke dinding. Tubuh kecil tu segera di dukung dan dibawa keluar dari bilik training.

"Neon, what's wrong?" Soal Xen apabila mata memandang Neon yang mendukung Sha seperi pengsan.

"Don't tell him." Bisik Neon sebelum membawa Sha ke bilik agar Rionz tidak nampak.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now