BAB 42

810 37 0
                                    

"Boss, ada orang serang markas. Kata nya suami Sha." Jelas suara anak buah nya dihujung talian. Terkejut juga lah mendengar Sha ada suami.

"Bawa dia ke hospital." Ditamatkan panggilan dan memandang ke arah Neon yang masih setia menunggu bersama nya.

"Sha ada suami." Menegak terus badan Neon yang baring di kerusi ruangan tu.

"Bila dia kahwin? Tak ada heboh mana pun." Rionz angkat bahu tanda tidak tahu. Bila lah Sha nak sedar ni? Dia menyesal sekarang.

Neon menoleh ke arah seorang sosok tubuh yang tegap dan tangan berurat mendekati ke arah mereka.

"Mak aii sado betul." Dia pun kalah woi!. Telan air liur dibuatnya.

"Mana isteri aku." Rionz bangun dari duduknya. Dia agak terkejut bahawa orang yang mereka culik dulu adalah suami Sha.

"Dekat dalam." Terus koler baju nya ditarik agar memandang lelaki tu.

"Apa kau dah buat dekat bini aku hah?" Aizat menatap tajam ke arah nya dan memandang ke arah kanan pula dimana seorang lelaki turut ada disitu.

Dulu kemain hebat apabila dapat culik nya tapi mereka tidak tahu dengan siapa mereka berdepan.

"Berani kau cederakan isteri Aizat Shah Rafiq." Rionz telan air liur. Apa dia nak jawab ni.

"A..aku seksa dia." Aizat melepas kasar koler baju tu dan terus melangkah masuk ke dalam wad Sha. Dia tidak mahu buat kecoh di hospital.

"Sayang." Aizat mendekati Sha yang terlantar di atas katil tu. Sesak dada nya melihat keadaan si isteri yang wajah pucat.

"Bangun lah sayang. Abang rindu." Bertakung air mata nya dan tunggu masa sahaja hendak jatuh. Dicapai tangan tu lalu dibawa ke mulut untuk cium.

"Abang minta maaf sayang, abang gagal nak protect sayang." Digengam erat tangan nya. Terasa dirinya tidak berguna kerna tidak dapat jaga Sha dengan baik. Penumbuk digengam erat mau saja dia layangkan di wajah Rionz tapi dia perlu sabar dan faham dimana dia berada.

"Patut lah sayang banyak termenung tapi bila ditanya sayang tak cerita pun. Kenapa sayang? Abang suami sayang. Abang berhak tahu apa yang sayang hadap." Diusap rambut tu perlahan. Sedih hati nya melihat keadaan si isteri.

"Sayang bidadari syurga abang. Sayang cinta hati abang. Tolong bangun sayang. I miss you so muchh." Rayu nya tidak henti henti. Air mata nya sudah tumpah sedari tadi. Dahi itu dicium lama.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now