BAB 39

773 34 0
                                    

Sosok tubuh yang sedang tidur tu disimbah dengan air ais tanpa sikit rasa kasihan. Terkejut Sha dengan bangun mengejut.

"Kau bukan tuan puteri dekat sini." Gadis tu tetap saja diam tidak melawan atau menengking. Bibirnya bergetar sejuk.

Makan minum juga langsung tidak dikasi oleh mereka. Biarlah mereka kejam pada nya kerna dia tidak mampu untuk berlawan dengan keadaan dia sekarang.

"Aku puas tengok kau terseksa Sha. Ini baru sikit!" Rionz kelihatan bengang apabila Sha diam saja. Dia mendekati gadis tu lalu ditolak dagu agar pandang dirinya.

"Perempuan lemah!" Mata biru tu pudar saja memandang wajah bengis Rionz. Jejaka tu menarik kasar rambut nya.

"Ini padahnya bila kau berani cabar aku!" Ditolak kasar tubuh tersebut. Lagi lagi gadis tu diam.

Setelah Rionz keluar, Sha bangun perlahan lahan untuk ke bilik air. Entah bagaimana dia tergelincir dan kepalanya terhantuk di singki.

MATA memandang tajam ke arah Neon yang menbawa dulang.

"Kau nak pergi hantar dekat perempuan tu?" Neon mengetap bibir dan menganguk. Sejak Sha datang, dia tahu gadis tu tidak makan lagi.

Rionz merampas kasar dan diatur langkah ke tingkat dua namun dia berhenti di depan pintu tersebut. Tangan menyeluk kocek seluar dan terukir senyuman sinis di bibir.

Dikacau air tersebut dan diatur langkah masuk ke dalam. Dahi bekerut hairan bila Sha tidak ada dalam bilik tu. Dulang diletak ke tepi dan diatur langkah ke bilik air.

Ditolak perlahan pintu tu dan terkejut. Dia segera meluru ke arah Sha dan dipangku nya.

"Sha, shaa."Diselak tepi dahi terdapat luka dan berdarah disebabkan terhantuk di singki.

Pantas dia mendukung membawa keluar. Diletakkan Sha perlahan lahan. Dia berlari mengambil first aid kit untuk rawat dahi Sha yang luka.

USAI sahaja mandi, Rionz menyarungkan baju t shirt di badan sebelum mengatur langkah ke bilik Sha.

Masuk saja dalam bilik tu, terus dia menjerit lantang.

"SHA!" Dirampas pucuk pistol di tangan gadis tu. Mahu luruh jantung dia bila dia meletakkan pistol di dada.

"Apa kau nak buat ni hah!" Memetir suara Rionz dan dipegang kedua bahu tu.

"S..sha tak larat." Darah nya berkurang. Muka nya juga pucat lesi saja. Makan juga tidak.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now