BAB 92

674 27 0
                                    

"Kau tak payah lah pasang niat nak buat bini aku ni salah faham dengan aku sampai kau buka kisah ni depan dia. Isteri aku bukan macam perempuan perempuan yang kau dah main kan selama ni yang senang diperdayakan." Tangan yang berada di pinggang naik memegang atas kepala Sha.

"Dia akan menyesal pilih kau Aizat." Aizat tergelak kecil tapi lebih kepada sinis. Dia pasti Rizal tidak tahu mau buka kisah apa lagi kerna segala perbuatan jahatnya sudah Aizat tahu.

"Siapa cakap aku menyesal? Sikit pun aku tak menyesal ada suami macam dia. Aku akan menyesal kalau aku bertemu dengan kau." Aizat toleh ke arah isterinya. That my girl!.

"Apa ja dia boleh bagi dekat you? Kasih sayang?" Rizal tergelak seakan benda tu menjengkil kan.

"Aku bukan gila harta macam skandal kau sebelum ni." Terdiam Rizal dan dia mengepal penumbuk nya erat. Bini Aizat bukan calang calang orang.

"Kalau nak dibandingkan kau yang kurus macam ni setakat modal muka ja aku rasa suami aku menang." Aizat senyum sinis ke arah Rizal yang mula panas punggung.

"Jom sayang, mama papa dengan ayahda mesti dah tunggu." Digengam jari jemari isteri dan diatur langkah pergi meninggalkan Rizal yang mahu naik hantu.

"Saya nak ucapkan terima kasih pada kamu semua yang sudi hadir ke majlis makan malam dekat rumah kami ni. Memandangkan saya dah pegang mic ni saya nak kenalkan pada semua orang yang anak saya Aizat Shah Rafiq sudah berkhawin dengan Tunku Raja Queensha Clara." Papa Ariff menunjuk ke arah anak menantu nya. Mereka berdua tersenyum manis.

"Puyooo menantu dari kerabat diraja!" Mereka tergelak mendengar jeritan dari salah seorang anak lelaki kawan mama papa.

"Nanti boleh lah minta Queensha bawa kita pergi istana kan?" Gurau papa Ariff dan masing masing memandang ke arah nya.

"In shaa Allah boleh kena tanya Ayahda dulu la." Mereka mula bersorak. Tergeleng kepala nya.

Sebut pasal ayahda teringat pula abang angkatnya itu. Dia menoleh ke arah Aizat dan berbisik sebelum jejaka tu angguk membenarkan.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now