BAB 68

657 31 0
                                    

"Kau datang minta kerja dekat sini nak bekerja atau mengatal hah?!" Tengking Aizat dan Tini terhinjut bahu akibat terkejut.

"S..saya cuma nak tolong urutkan ja. Takkan itu pun salah?" Aizat mengepal penumbuk nya erat.

"Assalamualaikum abang." Mereka berdua menoleh serentak ke arah pintu dimana seorang perempuan tinggi lampai dengan wajah kacukan serta mata biru nya.

Tini memandang perempuan itu pelik. Adik Aizat ke?.

"Walaikumusalam sayang."  Terkejut Tini mendengar tu dan memandang Aizat yang mendekati ke arah gadis yang ia tidak kenal siapa.

"Staff baru abang ke?" Tanya Sha sambil menyalami tangan si suami sebelum tangannya digengam erat.

"Yeah and Tini. This is my wife Tunku Raja Queensha Clara." Aizat memperkenalkan isterinya agar Tini sedar dimana status nya.

Bagaikan pisau belati menyiat dada Tini bila mengetahui bahawa boss nya mempunyai isteri. Sekarang dia faham dengan kata kata akak Fatma tadi bahkan dia jauh beza dengan isteri boss nya yang berkerabat diraja.

"Sha nak ajak abang keluar lunch. jom?" Aizat ukir senyuman manis dan mengengam jari jemari tu.

"Tini, get out from my office." Tini menunduk dan segera keluar pergi dari situ.

"Kenapa dengan dia tu? Dia buat apa apa dekat abang ke?" Tanya Sha ingin tahu. Ajzat hela nafas.

"Tetiba datang nak urut bahu abang bagai. Mau abang tak berangin satu badan." Aizat melepaskan geram nya tadi. Perempuan sekarang dah tak tahu nak malu ke apa? Hairan dia.

"Dah dah jom kita pergi lunch dulu bagi sejuk hati abang. Jom abang sayang." Tersenyum Aizat mendengar itu. Ni yang dia sayang sangat dekat Sha. Pandai buat dia cair.

"Nanti mau dia kacau abang lagi abang panggil sayang jelah mai belasah dia. Abang laki tak boleh pukul perempuan." Sha tergelak kecil. Mau dapat dekat dia entah hidup atau mati juga dia tidak berani jamin.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now