BAB 41

820 38 0
                                    

Aizat sudah tidak senang duduk apabila isteri langsung tidak pulang. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ayahda mertua nya.

"Sha tak balik rumah pun Ayahda. Ini yang buat Aizat risau. Puas Aizat cari, siap tanya Nabila lagi tapi tetap tak ada." Perasaan risau kini tidak dapat ditepis.

"Ayahda rasa ada yang tak kena ni. Sha jarang tak balik rumah. Kalau tak balik pun, kawan kawan dia tahu dia dekat mana." Ujar Ayahda. Mereka berdua sekarang berada di rumah mama papa Aizat, senang berkumpul disitu.

"Pastu macam mana ni pa? Aizat risau kalau apa apa jadi dekat isteri Aizat." Papa Ariff mengusap belakang Aizat perlahan.

"Tak apa, ayahda akan arahkan beberapa anak buah ayahda untuk cari Sha." Aizat menganguk kepalanya. Dia berharap sangat isteri nya tidak apa apa.

RIONZ melihat Sha dari luar pintu. Gadis tu masih belum sedarkan diri. Doktor cakap yang jantung gadis tu melemah dan kekurangan darah.

"Bila dia nak sedar, Neon?" Orang kuat nya hanya menatap sayu ke arah Rionz. Dia tahu jejaka tu sudah anggap Sha sebagai anak nya sendiri disebabkan umur Sha yang baru 23 tahun.

"Saya pun tak pasti boss. Tapi apa yang saya tengok, Sha baik nak tolong boss dari teruskan dunia gelap ni." Rionz terdiam.

"Mungkin dah tiba masa nya untuk kita bubar dan mulakan hidup macam orang lain. Kehadiran Sha buat kita sedar yang setiap orang mempunyai hati dan perasaan. Sampai bila kita nak bertindak kejam dekat manusia lain?" Neon memandang Sha yang dibantu alat penafasan.

Rionz hela nafas perlahan dan menganguk. Betul apa yang dikatakan oleh Neon. Sha berniat baik untuk tolong dia keluar dari jenayah tapi dia yang ego.

"Saya pun dah tak sanggup nak jadi kejam. Saya rasa nak undur diri." Rionz pandang Neon. Lelaki ni seakan tidak mahu lagi buat kerja jenayah.

Tidak disangka, kehadiran Sha menyinarkan cahaya pada mereka semua bahawa setiap orang mempunyai hati dan perasaan dan siapa kita untuk menghukum sesama manusia?.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now