BAB 69

670 33 0
                                    

Bunyi tapak kasut bertumit tinggi buatkan Aizat mengangkat muka dan beristigfar panjang melihat Tini. Dipandang ke arah lain.

"Apa kau buat ni Tini!" Jerkah Aizat lantang namun gadis tu tersenyum manis seakan mengoda boss nya.

"Saya tahu boss tergoda dengan saya kan? Apa kata boss ceraikan isteri boss dan kahwin dengan saya. Saya lagi seksi dari isteri boss tau." Dia mendekati Aizat dengan suara mengoda nya. Tali leher Aizat dimainkan.

"Sebelum muka kau pecah lebih baik kau berambus dari syarikat aku!" Menajam mata kelabu tu. Sesulit apa pun keadaan, dia tak nak naik tangan terhadap perempuan dan hati nya menjerit memanggil nama isteri.

ZAFRUL mengeluarkan telefonnya dan pantas menelefon Sha untuk datang ke syarikat.

"Puan kena datang sekarang juga, Boss dalam bahaya ni silap hari bulan boleh mati si Tini bila boss naik angin." Mata Zafrul tidak lepas memandang dua orang itu. Aizat masih cuba untuk menjauh.

Setelah panggilan ditamatkan, dia bangun dari duduknya. Gelisah. Itu saja yang hati nya rasakan.

"Cukup Tini! Aku tak nak naik tangan dengan kau!" Turun naik nafas Aizat. Serentak tu pintu dibuka kasar.

"Stay away from my husband!" Lantang suara Sha sehingga bergema bilik tersebut. Tini mengetap bibir bila gadis tu datang. Hancur rancangan nya.

Zafrul yang melihat kedatangan isteri boss nya segera ke bilik tu untuk menenangkan Aizat.

"Perempuan selekeh ni you jadikan isteri? No taste." Sha berdecit.

"Dan perempuan murah macam pelacur ni abang ambil jadi staff? No taste." Tini mengepal penumbuk nya erat. Tidak disangka mulut Sha lebih pedas dari nya.

"Sekali lagi kau kacau suami aku, memang kau balik dengan keadaan berdarah." Gadis tu langsung tidak tercabar dengan ugutan dari isteri boss nya.

"Apa you boleh buat? Setakat berpangkat I tak heran." Sha tergelak sinis dan mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Aku ni bukan setakat berpangkat tapi aku pegang dua kerja." Dianggkat dua jari nya.

"CEO" diturunkan jari hantu nya dan mendekati Tini yang sudah cuak.

"Polis." Membulat mata Tini dan tangannya mengigil. Sha ukir senyuman sinis bila melihat wajah cuak itu.

"Nur Fatini binti Faidris." Lagi dia bertambah terkejut apabila Sha tahu nama penuh nya.

"You are fired Tini." Ditoleh memandang Aizat yang tajam renungan nya dan dia berlari keluar dengan cepat.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now