BAB 95

692 26 0
                                    

"Puyoooo adik dah berbadan duaaa!" Teruja Neon dan menyerah satu bag kertas yang ada hadiah dia belikan pada Sha.

"Puyooo aku dapat anak buah nanti." Kata Neon lagi. Tetiba dia mengaduh sakit akibat belakang tengkuk nya ditampar oleh seseorang.

"Puyo puyo dari tadi. Aku bagi satgi kang!" Neon mencantumkan tangannya memohon ampun pada Rionz. Garang la abe ni.

"Patut lah cepat tua. Asyik berangin ja mai period eh?" Neon segera melarikan diri di belakang Aizat bila Rionz dah nak siku dia.

Tergelak mereka semua disitu. Dah macam adik dengan abang tengah bertengkar.

"Adik jaga kandungan baik baik. Kau Aizat jaga Sha elok elok." Pesan Zayn tegas dan Aizat angguk kepalanya.

"Tak sabar kita nak timang cucu kan abang?" Mama Sellyn memandang suami nya. Papa Ariff menganguk kepalanya dengan senyuman tidak lekang di bibir.

"Bro, tips." Neon siku lengan Aizat. Jejaka tu berkerut dahi tidak faham. Tips apa yang Neon nak ni.

"Tips apa?" Soalnya. Neon menjulingkan mata nya.

"Tips buat anak." Satu bantal kecil meluru ke arah nya dan dia hampir terjatuh ke belakang.

"Headshot." Rionz ukir senyuman sinisnya. Geram dia tengok perangai Neon yang tak senonoh ni.

"Kau kahwin pun belum. Pergi cari jodoh sana." Aizat tolak badan jejaka tu. Neon berdecit.

"Kau nak Sha?" Nabila menghulurkan buah strawberry yang dia beli di pasaraya tadi. Bersinar mata Sha dan menganguk tanda mahu.

"Jangan makan banyak sangat Sha." Tegur Ayahda yang dari tadi memerhati. Sontak semua mata memandang ke arah nya. Wanita tu tersengih.

"Amboi diaaa diam diam eh." Aizat bercekak pinggang memandang wajah tembam Sha.

"Syedap!" Dimasukkan satu lagi. Masam masam dia suka!. Aizat segera angkat tubuh Sha ke riba.

"Haaa sha nakkk!" Tergapai gapai tangannya mahu kan strawberry itu.

"Haip sayang. Tak boleh banyak banyak." Tercebik cebik bibir Sha mahukan strawberry itu. Nabila menghulurkan pada nya dan Sha ceria semula.

"Nabilaaaa" meleret mereka semua memanggil nama gadis tu. Dia tersengih dan menyuruh Sha ambil banyak banyak. Ni nama nya support kawan.

"Ya Allah sayang! Sudah. Pulun sungguh budak pendek ni." Terkejut Aizat bila Sha memasukkan semua strawberry tu ke dalam mulutnya sehingga kembung.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now