BAB 26

969 36 0
                                    

"Abang tolong sayang cuci luka ni ya?" Bandage di bahu Sha dibuka secara perlahan lahan. Risau jika jangkiti kuman.

"Tak menyusahkan kau ke?" Aizat mengeleng kepalanya tanda tidak sambil mencuci dengan Dettol.

"Kenapa menyusahkan pula? Sayang tu kan isteri abang." Dipedap pedap perlahan bahu tu. Sha hanya mendiamkan diri.

"Putih juga sayang ye. Geram." Membulat mata Sha dan Aizat ketawa kuat. Baru usik sikit dan terjegil mata tu.

"Tak tak, abang gurau ja." Gadis tu kembali duduk biasa semula. Risau!.

"Kau tak kerja?" Aizat memandang mata tu sekilas sebelum menjawab persoalan isteri nya.

"Kerja tapi masuk esok. Sayang okey ke tinggal sorang sorang dekat rumah? Kalau nak pergi rumah mama papa atau ayahda sayang pergilah tapi hati hati." Pesan lelaki tu dan membalut bahu tu dengan bandage yang baru.

"Balik kerja pukul berapa?" Aizat yang mendengar tu mengukir senyuman nakal nya.

"Lima, kenapa? rindu eh?" Mengecil matanya memandang wajah putih bersih itu. Sha menjulingkan mata nya tanda menyampah.

"Kalau rindu pun boleh pergi syarikat kau." Semakin mengecil mata Aizat. Jadi nya Sha rindu lah ni?.

"Alolo sweet nya rindu abang sampai datang ke syarikat." Dicubit cubit pipi kiri Sha. Wajah itu langsung tidak menunjukkan dia marah dengan tindakkan nya.

"Kang rindu laki lain marah." Membulat mata Aizat mendengar jawapan selamba itu. Wah berani nak rindu laki lain.

"Jangan berani eh nak rindu laki lain. Rindu abang sudah." Sha mengukir senyuman sinis mendengar suara cemburu suaminya.

"Dengar macam cemburu." Giliran Sha pula mengusik Aizat. Dia tak tahu nak buat apa lagi, jadi dah ada peluang apa kata dia gunakan.

"Mana ada abang cemburu." Ego!. Sha mahu ketawa tapi dia perlu balas dendam kat Aizat semula. Perlahan lahan dia dekati.

"Are you sure abang?" Berdegup kencang jantung Aizat. Apa bini dia nak buat ni. Wajah sudah cuak.

"Apa sayang ni." Dia mahu lari tapi dia sudah terhimpit di sofa. Sha menarik hidung Aizat sehingga berkerut dahi tu akibat sakit.

"Sayang! Pedih hidung abang." Dipandang ke arah Sha yang sudah bantai ketawa. Isterinya nak kena ni!.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now