BAB 60

706 29 0
                                    

"kau datang nak tangkap aku?" Sha buntu mahu jawab soalan tu. Nak geleng dah gari yang Zayn guna tu adalah gari nya. Nak angguk memang cari maut.

"Betul kan apa aku tanya tadi. Kau datang sebab nak tangkap aku!." Dikeluarkan kerambit nya dan dipusingkan di jari. Mata hazel itu menikam tajam ke arah mata biru Sha.

"Bila aku kena tangkap, korang jatuhkan hukuman mati dekat aku. Kau ingat aku bodoh?!" Dia ketawa kuat.

"Zayn, tenang." Digaru kepalanya. Kes ni bukan polis yang suruh malah ayahda nya. Tuan Cay menyuruh dia untuk bawa Zayn bertemu dengan ayahda nya saja. Bab hukuman tak sebut pula.

"Kau suruh aku tenang? Kau datang nak tangkap aku, kau suruh aku bertenang?!" Jerkah Zayn kuat. Tangan kirinya pantas mencekik leher gadis itu.

"Zayn, l..lepas."Kaki naik menendang jejaka tu disebabkan Zayn ada atas nya. Pantas Sha bangun dari atas katil.

Zayn memusingkan kerambit nya. Dia nekad untuk bunuh gadis ini harini juga. Dipandang tajam ke arah Sha.

"Ni baru seronok." Tidak sabar mahu melihat bagaimana gadis tu protect diri nya sendiri.

Sha mengelak apabila Zayn meluru ke arah nya. Dia tidak ada sebarang senjata. Semuanya diambil oleh lelaki ini.

Ditangkap tangan Zayn yang memegang kerambit lalu ditumbuk lengan tersebut agar kerambit tu terjatuh.

"Cukup Zayn, saya tak nak cederakan awak." Sha masih cuba untuk berlembut. Jejaka tu seakan naik gila bila Sha berani rampas kerambit nya.

Bahu nya mula berdenyut kembali. Dia lupa yang bahu dia luka dan dia perlu berhenti sekarang. Jika tidak bahu nya berdarah lagi.

Zayn masih bertenaga. Dia meluru ke arah Sha. Gadis tu mengelak dari setiap serangan sehingga tidak perasan dia sampai di katil. Hampir saja dia mahu terbaring namun Zayn menarik lengan tu kasar.

Tubuh Zayn mengeras apabila Sha berada dalam dakapannya. Tangan kiri dia pula berada di belakang kepala Sha.

Dipeluk erat tubuh kecil tu dan diusap rambut Sha perlahan. Terkebil kebil mata Sha apabila Zayn cepat sangat berubah dalam sekelip mata.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now