BAB 86

685 32 0
                                    

"abang, Rionz. Sha takut." Kedua jejaka tu menoleh ke arah gadis tu yang mula menunduk.

"Adik, it's okeyh don't worry. Kitorang ada." Sha angkat kepala dan tersenyum nipis. Mereka sekarang berada di dalam lif untuk ke bilik Aizat.

Buka saja pintu lif, mereka melangkah ke bilik jejaka itu. Sha kuak pintu tu dan tergamam melihat seorang perempuan yang tidak cukup kain berada di atas peha suami nya sambil bermain tali leher jejaka itu bahkan Aizat hanya membiarkan saja.

"Ini manyak babi woo." Terjah Neon dan menolak lidahnya ke tepi dinding mulutnya. Terkejut dua orang itu dan yang paling terkejut ialah Aizat bila mata bertembung dengan anak mata biru isterinya.

"Sayang" Dia segera menolak Zara yang ada di pangkuan nya dan segera bangun dari duduknya.

"Jadi sebab ni lah bini kau terasa hati sebab kau abaikan dia? Because of this bitch huh?" Rionz tarik senyuman senget.

"Sha tak sangka, suami yang Sha sayangkan selama ni khianat belakang Sha sendiri." Tubir mata nya mula panas.

"You siapa diorang ni?" Zara memeluk lengan Aizat namun ditepis kasar oleh jejaka itu.

"Sayang, abang boleh explain."

"Sayang sayang pala lu anjing. Adik aku sakit hati disebabkan kau. Ingatkan boleh jaga Sha dengan baik tapi hancur." Neon berdecit dengan rahang mula terketap kuat.

"Dengar dulu abang nak jelas. Abang dengan Zara tak ada hubungan apa pun." Sha geleng kepalanya menafikan apa yang Aizat katakan.

"Bukan saya tak nampak yang awak siap tersenyum senyum masa main telefon. Rupanya tengah chat dengan skandal. Kalau awak sayangkan dia, lepaskan saya." Setelah itu Sha berlalu pergi tinggalkan office Aizat.

"Sweetheart!" Rionz mahu mengejar tapi dia menoleh ke arah Neon. Dengan anggukan jejaka itu faham. Rionz mengejar langkah Sha. Risau jika gadis itu bertindak diluar kawalan.

"Pilih, Sha ataupun perempuan jalang tepi kau tu." Dingin serta tajam mata Neon ke arah Aizat. Tepat ke arah mata kelabu tersebut.

Zara turut menantikan apa yang Aizat mahu katakan. Dia tahu pasti Aizat akan pilih dia.

"Ingat Aizat siapa yang kejar siapa." Jejaka tu tersentak dengan ayat tersebut. Betul, dia yang kejar Sha bukan Sha yang kejar dia. Dia yang guna cara kotor untuk dapatkan gadis itu.

Dipejamkan mata nya seketika sebelum mata kelabu tu terbuka memandang ke arah Neon.

"Aku pilih isteri aku yang sah." Zara mengetap bibir nya kuat dan pandang Neon yang sudah tersenyum sinis.

"You apa ni! You cakap you nak bersama dengan I." Suara Zara sudah meninggi. Sia sia rancangan nya mahu mendapat Aizat.

"Maaf Zara, Sha everything to me. She is my wife! And you! Get out from my life!" Jerkah Aizat dengan wajah merah nya. Zara hentak kaki dan megambil bag nya sebelum keluar. Neon hanya pandang gadis itu dengan tatapan kosong.

"Bagus kau buat keputusan yang bijak. Kalau tak, dah lama Rionz ambil bini kau jadi bini dia." Dia atur langkah keluar dengan bersiul. Dia tahu Rionz ada perasaan pada Sha tapi bila mendapat tahu Sha bersuami, Rionz pendamkan saja.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now