BAB 6

1.1K 48 0
                                    

PADA malam itu di markas Yakuza mengadakan party manakala Sha berlari ke suis utama.

"Pehal tetiba tak ada elektrik ni. Zayn! Pergi check." Arah Rionz dengan lantang.

Aizat menoleh ke arah pintu apabila ada yang melangkah masuk baru sahaja hendak buka mulut, orang tu pantas mendekati.

"Shh, kau dengar apa aku cakap. Sekejap lagi kau keluar ikut pintu belakang dan pergi ke arah semak samun. Ambil kunci kereta ni dan pergi ke alamat ni." Kertas dan kunci kereta diletakkan di atas tapak tangan Aizat setelah tali dileraikan.

"Move." Arah Sha dan jejaka tu tanpa banyak cakap hanya ikutkan sahaja.

Terkejut dia apabila sampai saja di semak samun tu terdapat sebuah kereta Lamborghini yang terparking cantik.

Dapat Aizat lihat di sisi cermin kereta dimana markas Yakuza kembali menerangi.

SHA pura pura cemas dan berlari turun mendekati ke arah Rionz.

"Dad! He was not in the room." Wajah Rionz berubah tegang mendengar kata kata Sha. Dia bangun dari duduknya.

"How can he run away?!" Sha mengeleng kepalanya tanda tidak tahu.

"Tadi Sha nak bagi dia makan sampai sampai ja dah tak ada. Maaf Dad." Dipandang wajah Rionz yang menegang. Jejaka tu melepaskan nafas perlahan dan kepala Sha digosok .

"It's okey honey. Dah lewat, you can go now. Hal tu nanti dad serahkan pada Neon." Sha menganguk kepalanya dan mengatur langkah untuk pulang. Dalam diam terukir senyuman sinis disebalik mask.

Laju sahaja motor berkuasa tinggi tu memecut di jalan raya.

SAMPAI sahaja di rumah banglo dua tingkat tu Sha mengatur langkah masuk ke dalam dan terpandang jejaka tu di ruang tamu.

"Asal kau suruh aku datang sini?" Aizat bangun dari duduknya dan mendekati ke arah gadis tu.

"Selamatkan kau." Mudah sahaja dia membalas dan mahu naik ke bilik.

"Lebih baik kau buka mask kau sebelum aku terjah pintu bilik kau malam ni." Ugut Aizat yang mahu melihat wajah gadis tu.

"Kalau aku tak nak?" Ditoleh memandang lelaki tu.

"Apa aku cakap aku buat." Dari segi cara jelas jejaka tu tidak main main dengan kata kata nya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora