BAB 67

664 25 0
                                    

"Boss, harini boss ada appointment dengan Siddiq Rafiq jam 10." Aizat menganguk kepalanya dan dibuat isyarat jari agar Zafrul keluar.

"Kejap, harini ada staff baru kan?" Zafrul menoleh dan menganguk.

"Nama dia Tini." Zafrul segera keluar setelah mendapat anggukan dari boss nya. Bilik sebelah dituju untuk sambung kerja.

Aizat yang leka buat kerja nya tersentak dengan bunyi ketukan pintu. Dia menyuruh masuk tanpa memandang si gerangan.

"Boss." Tini yang melihat boss besar nya mengigit bibir. Sangat segak dengan berbaju kemeja hitam itu.

"Ada apa?" Datar suara tu bertanya. Tini meletakkan segelas air nescafe di atas meja boss nya itu.

"Fatma suruh saya buatkan kopi untuk boss memandang kan dia ada kerja." Aizat menganguk kepalanya dan di ambil air tu sebelum dihirup perlahan.

"Sedap tak boss?" Dia mula tertarik dengan lelaki yang bergelar boss nya ini. Wajah dingin dan tampan tu menarik minat nya.

"Hm" balas nya bersahaja. Diletakkan nescafe tu di piring kecil dan memandang wajah Tini tanpa riak.

"Ada apa apa lagi yang berkaitan dengan saya?" Tini mengeleng kepalanya dan segera meminta diri untuk keluar. Tini mendekati Fatma semula.

"How? Boss puji tak air kau?" Tini mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Dia hm ja. Tapi Tini macam tertarik lah dengan dia. Boss single lagi ke tak eh." Dia mula tersenyum menbayangkan dimana mereka berdua hangat bercinta.

"Akak bagi warning jangan kacau boss." Fatma berlalu pergi bergitu saja. Biar Tini yang tahu sendiri. Gadis tu terpinga pinga bila mendengar kata kata akak Fatma.

DIA masuk semula ke office nya apabila selesai appointment dengan Siddiq Rafiq. Badan disandarkan di kerusi kerja.

"Boss nak apa apa ke?" Tanya Zafrul dimuka pintu namun Aizat mengeleng tanda tidak mahu apa apa.

"Boss penat ke? Nak saya urutkan?" Aizat mencelikkan matanya memandang wajah Tini yang tersenyum manis ke arah nya.

"Tak perlu." Kata nya dan menegakkan badan kembali.

"Alah boss saya boleh tolong urutkan." Tini mendekati ke belakang Aizat dan disentuh bahu tu namun cepat saja Aizat bangun menepis kasar .

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now