BAB 8

1.1K 46 0
                                    

"YA Allah Aizat kamu tak apa apa kan nak? Siapa yang hantar kamu? Mama nak berterima kasih dekat dia." Aizat ukir senyuman nipis. Nak berterima kasih dekat perempuan tu? Atas sebab apa? Hantar dia? Kelakar.

"Dia dah balik sebab ada urusan. Aizat nak naik atas dulu. Badan dah letih." Kaki mengorak langkah untuk naik ke bilik bagi mengelakkan pertanyaan Puan Sellyn.

Sampai saja di dalam bilik, diletakkan barang barangnya di atas rak tepi katil dan ditangannya sekarang adalah ic gadis itu.

"Tunku Raja Queensha Clara." Senyuman sinis menghiasi bibir setelah mengetahui nama penuh gadis itu.

Berkerabat diraja tapi join kumpulan mafia yang terkenal di seluruh dunia? Sungguh dia tidak boleh percaya. Orang tercantik itu boleh libat dalam jenayah.

"Sekali lagi kita bertemu, aku akan ikat kau dengan cara yang sah." Dia akan pastikan apa yang dia katakan itu akan menjadi kenyataan. Dia tidak mahu gadis tu terjerumus dalam dunia gelap.

SHA bermain game dengan kusyuk tanpa dia sedar yang Rionz duduk di sebelahnya. Kepala yang digosok buatkan dia mengangkat muka.

"Dad datang pun tak perasan ya?" Dapat Rionz lihat mata itu menjadi eyes smile kerana Sha masih memakai mask.

"Maaf Dad tak perasan." Katanya dengan mata memandang mata biru lelaki tu. Rionz masih muda, apa yang dia tahu lelaki tu baru 30 tahun.

Rionz mengantikan tempat papa nya yang sudah 3 tahun meninggal dunia. Sha yang mengetahui itu mengambil peluang untuk sertai bagi memudahkan motif nya.

Dengan kepakaran dan kehandalan Sha dalam menyelesaikan misi membuatkan Rionz mempercayai gadis tu sehingga menjadikan Sha sebagai anak angkatnya.

"Dah training?" Sha mengeleng kepalanya dan dapat dilihat wajah Rionz menegang sahaja. Dia paling tidak suka anak buahnya tidak berlatih jika punya masa terluang.

"Tak tahu nak lawan dengan siapa. Cuba lah dad bagi yang kuat sikit ini asyik Sha ja menang. Malas lah nak riak." Dia tersengih disebalik mask nya dan berjaya buat Rionz tersenyum nipis.

"Neon!" Panggil Rionz dan jejaka tu melangkah mendekati. Sha menoleh dan terkejut apabila Rionz memanggil jejaka itu. Neon merupakan anak buah Rionz yang terkuat. Tiada siapa yang mampu mengalahkan lelaki itu lagi.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now