BAB 76

671 29 0
                                    

Aizat hanya memandang isterinya yang sedang menyelesaikan satu kes kematian di sebuah rumah. Boleh dikatakan mati dalam keadaan ngeri juga.

Sengaja dia ikut Sha sekadar ingin liat bagaimana isterinya menjalankan tugas.

"Ada bukti?" Soal Sha pada agent agent yang turut serta. Mereka mengeleng kepala tanda tiada.

"Saya rasa mangsa bunuh diri lah Miss sebab mulut mangsa dipenuhi dengan ubat ubat dan diperut pula seakan sengaja menikam dirinya sendiri. Kemungkinan mangsa bunuh diri sebab depression?" Ujar Agent Fakhrul. Terangguk angguk kepala Sha mendengar bait bait Fakhrul.

"Boleh jadi." Sha mendekati ke arah suami nya yang tidak lepas pandang akan dirinya. Entah kenapa sejak pagi tadi lagi Aizat hanya tenung dia.

"Jom balik." Ajak Sha dan suaminya tanpa banyak cakap hanya angguk. Hairan. Susah Aizat jarang bercakap dengannya.

SAMPAI sahaja dirumah, Aizat berlalu pergi menaiki tangga tanpa menunggu isterinya. Dahi Sha berkerut hairan.

Diatur langkah menaiki tangga untuk ke bilik juga. Dia pasti ada yang tak kena dengan Aizat. Sampai saja depan pintu bilik segera dia menguak.

"Abang, Sha ada buat salah ke?" Jejaka tu hanya menoleh sekilas dan kembali memandang telefon di tangan. Riak wajahnya hanya dingin saja.

"Abang"

"Sejak bila kau terjebak dengan dunia tu?" Mata kelabu itu menatap tajam ke arah si isteri. Dia bangun mendekati Sha yang masih bingung.

"Kematian tadi bukan kematian bunuh diri right? Melainkan ada orang yang bunuh! Dan orang nya adalah kau!" Jari Aizat menunding tepat di wajahnya.

"Dalam kotak tu dah jelas semua nya! Segala barang tajam kau simpan untuk apa? Memudahkan kau buat kerja kotor tu? Bijak kau kan. Dah bunuh lepastu acah siasat?" Sha terkelu lidah. Tidak disangka Aizat mengetahui hal yang dia simpan.

Kedua bahu Sha digengam kuat dengan tatapan helang ke arah Sha yang masih terdiam sepi.

"Kau nak tutup kesalahan kau dengan acah siasat kes tu kan? Aku tak bodoh Sha . Kalau aku tak kemas bilik ni semalam pasti aku belum tahu tentang siapa kau sebenarnya. Assassin." Aizat berlalu keluar dari bilik tersebut dengan perasaan marah.

"Abang!" Air mata Sha tumpah jua. Dia terduduk lemah di lantai. Ya memang dia assassin yang menbunuh orang jika disuruh. Dalam dunia tu pula dia dikenal dengan gelaran Queen silent killer. Diam diam dia bergerak menbunuh mangsa.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now