BAB 5

1.2K 45 0
                                    

"Otak kau memang dekat lutut eh? Macam mana aku nak makan kalau tangan kena ikat?!" Jerkah nya dan mata biru tu memandang tepat ke arah matanya buatkan dia terdiam.

"Kalau aku mati, ketua kau takkan dapat duit 5 juta tu dan kau kena bunuh dengan keadaan ngeri yelah dah kau tak suap aku." Dapat dia lihat kening hitam tu bercantum.

"Tak nak mati kan? Suap aku." Nafas dihela perlahan dan duduk bersila sebelum penutup hoodie diturunkan ke bawah.

Terkejut dia sekali lagi apabila dihadapan nya adalah perempuan. Dia ingatkan lelaki patutlah dari segi mata seperti berbeza.

"Kau taknak buka mulut?" Tersentak Aizat dan memandang ke arah tangan gadis tu yang sudah siap mahu menyuap nya.

TERSENGIH SENGIH dia apabila mengingati tentang semalam dimana dia disuap. Sungguh lembut dan sopan.

Tapi amarahnya kembali datang apabila mengingati bahawa gadis tu juga berkomplot menculik nya.

"Where Sha?" Soal Rionz ke arah anak buah nya yang diruang tamu. Tidak nampak pula anak angkat nya itu.

"WHERE SHA!"lantang suara Rionz dan membuatkan seluruh anak buah Rionz sudah memandang sekeliling mencari keberadaan gadis tu.

"Eish Dad! Apa ni nak makan pun tak senang." Dipandang tajam ke arah anak buah Rionz yang menolak nolak nya agar keluar.

"You didn't breakfast again honey?" Kepala digeleng kan.

"Alolo comel ja dia mengamuk dengan pipi tembam dia tu." Usik Zafrel dan mendapat renungan tajam dari Sha.

"Dah pergi sambung." Rionz membuat isyarat tangan agar gadis tu pergi breakfast dulu. Tajam jelingan Sha ke arah Leon disebelahnya.

"MANA anak kita bang. Macam mana dia boleh kena culik." Jelas wajah Puan Sellyn sangat risaukan anak nya. Tuan Ariff mengeluh perlahan dan mengeluarkan dompet duit anak nya.

"Macam mana abang boleh dapat dompet duit Aizat?" Tanya Puan Sellyn dengan berkerut hairan.

"Tadi ada orang datang bagi. Dia kata kes ni biar diorang yang selesaikan. Kita tak boleh masuk campur kalau tak keadaan akan jadi lebih teruk." Tutur Tuan Ariff kepada isterinya dan diusap bahu tu agar bertenang.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now