BAB 34

841 35 0
                                    

"Ya Allah sayang! Kena apa pula ni? Kata keluar pergi cafe dengan Nabila kenapa berbalut pula ni?" Risau Aizat bila sampai rumah saja lengan isterinya berbalut.

"Terhiris masa lawan dengan geng samseng tadi ni. Tapi tak apa dah jahit dah." Aizat mengeluh perlahan dan dikucup dahi isteri.

"Lain kali hati hati tau sayang. Risau abang tau bila tiap kali sayang nak keluar." Sha mengusap belakang tengkuk nya.

"Maaf, janji tak buat dah." Aizat tersenyum dan mengusap rambut tu perlahan.

"Abang nak naik mandi sekejap. Badan dah melekit ni." Jejaka tu mengatur langkah ke anak tangga. Sampai anak tangga ketiga, dia menoleh.

"Tak nak mandi sekali ke sayang? Berlipat pahala tau." Kening dijongket berkali kali disertai senyuman miang nya.

"Sebelum kau yang kena lipat sat gi lebih baik pergi mandi sana!" Aizat melepaskan ketawa kuat. Nak miang pun tak boleh!

"Alah sayang ni. Babap kang." Menjengil mata Sha. Ya Allah kenapa suami nya ini makin miang? Risau!.

"Joke joke tapi kalau betul pun apa salahnya." Cepat saja kaki panjang tu melangkah menaiki tangga untuk larikan diri. Mengamuk singa tu nanti dia jugak yang susah.

Sha melepaskan nafas perlahan. Tergeleng kepala melihat perangai Aizat. Tangan naik memegang dada nya. Dia dah cintakan Aizat ke?. Malas hendak ambil pusing, remote tv dicapai.

Tapi fikiran nya melayang entah kemana. Setiap kali dekat dengan jejaka tu, dia tidak senang duduk. Jantung berdegup kencang. Setiap kali mendapat usikkan seakan hati nya tercuit.

Dia juga sedar dengan perubahan diri nya. Ketika jejaka tu mahu menyentuh, dia langsung tidak menepis walaupun fikiran tiap kali menyuruh nya agar menolak tapi badan tidak memberi riaksi.

"Jauh termenung, tengok tv ke tv tengok sayang?" Tersentak Sha dari lamunan nya. Lama sangat ke dia termenung sampai Aizat sudah mandi pun dia tak perasan?.

"Sayang ada masalah ke? Kalau ada, sayang boleh cerita dengan abang." Aizat melabuhkan pungung nya di sebelah Sha. Bantal kecil diletakkan di riba dan menepuk seakan menyuruh Sha baring di peha nya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя