BAB 48

784 32 0
                                    

Sha menolong Puan Sellyn menyiapkan makanan tengah hari. Lincah tangannya membuat kerja.

"Fiona ada pergi rumah kamu ke tadi Sha?" Tanya Puan Sellyn dan menoleh sekilas ke arah menantu nya.

"Ada ma, dia suka kan Aizat ke?" Puan Sellyn menganguk kepalanya dan mengeluh perlahan.

"Dah banyak kali Aizat tolak dia tapi tetap nak juga. Aizat anggap dia macam sepupu saja tapi dia anggap Aizat ni lain. Pening kepala mama." Sha tergelak kecil dan memasukkan ayam masak merah ke dalam mangkuk.

"Tapi nasib baik mama dapat menantu macam kamu Sha. Sudah lah cantik, pandai seni bela diri, baik hati, ringan tulang, pandai masak pula tu. Aish untungnya mama bukan mama ja untung tu si Aizat lagi untung dapat isteri macam kamu." Terukir senyuman manis di bibir Sha. Mama mertua dia ni kalau puji memang melangit.

"Tak ada lah Ma, Sha ni biasa biasa saja." Tidak mahu lah riak. Apa yang dia ada adalah kelebihan yang diberi oleh Allah.

"Mama suka tengok mata biru kamu tu. Cantik." Sekali lagi Puan Sellyn memuji.

"Terima kasih atas pujian mama tadi, semuanya dari Allah." Diletakkan mangkuk yang berisi ayam masak merah ke atas meja.

"Air nak buat perisa apa mama?" Tanya Sha sambil membuka peti ais.

"Kita buat dua perisa. Satu teh ais satu lagi ribena. Boleh?" Sha menganguk kepalanya tanda boleh.

Aizat yang melangkah masuk ke dalam dapur tu memeluk pinggang Sha dari arah belakang.

"Lincah betul tangan sayang buat air ye." Dicium pipi tu dan Sha menjengil mata nya. Tak nampak ke mama ada sebelah.

"Abang, malu lah mama nampak." Aizat tergelak kecil dan dilindung isteri dari arah kanan agar mama tidak nampak.

"Ha mama tak nampak dah." Diusap pipi gebu tu. Sha tergeleng kecil melihat sikap selamba suami nya.

"Kamu ni Aizat menganggu sungguh kami berdua nak bergosip." Aizat toleh ke arah mama nya.

"Tak yah lah kumpul dosa ma." Menajam mata Puan Sellyn ke arah anak nya. Bertuah punya anak selamba gitu ja kata dekat mama nya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now